“Sebelum runtuh, ada pesta minum arak.. Maksiat…” – Lelaki kongsi kisah sebenar kejadian Highland Tower

Pasti ramai yang tidak boleh melupakan tragedi runtuhan bangunan kondominium mewah Highland Tower yang telah mengorbankan ramai nyawa ketika itu. Namun sedar tak sedar, hampir 25 tahun peristiwa hitam itu berlaku.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter telah memuat naik status berkongsi kisah beliau mengenai kejadian yang mengemparkan seluruh negara suatu ketika dahulu.

Menurut Frhan Za, seorang pemandu grab telah berkongsi cerita sebenar disebalik punca berlakunya malapetaka itu ketika beliau dan rakan-rakannya dalam perjalanan pulang ke destinasi yang dituju.


Jadi ‘port’ tak senonoh

Ada yang buat maksiat

Tambah Frhan Za, tanpa diduga keesokan harinya bangunan setinggi 12 tingkat yang tersergam indah di Taman Hillview, Hulu Kelang itu jatuh menyembah bumi.


Rupa-rupanya ada banyak mayat

Tempat tu pun berpuaka

Sumber : Frhan Za

Via ohmymedia
(Mac 2016) Bayi “Ajaib” Cerita Detik Ngeri Runtuhan Highland Tower

KUALA LUMPUR: Selepas Nur Hamidah, bayi “ajaib” yang terselamat dalam tragedi runtuhan Highland Tower pada 1993 cukup besar untuk memahami insiden tragis tersebut, ibu bapanya mengambil keputusan untuk menceritakan bagaimana dia dan ibunya, Umi Rosyidah Khoiruman bertarung nyawa berdepan kejadian ngeri itu.

Hasil usaha pihak Bomba dan Penyelamat yang komited untuk mencari Nur Hamidah selepas pegawai Bomba, Norizan Saad yang menjadi ‘hero’ membawa turun bayi berusia 18 bulan itu melahirkan hasrat untuk bertemu dengannya, akhirnya bayi itu yang kini berusia 23 tahun berjaya dihubungi.

Menerusi temubual eksklusif yang dibuat oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Mohd Taufiq Abd Sattar, Nur Hamidah berkongsi detik cemas yang diceritakan oleh ibunya kepadanya ketika mereka berada di dalam blok kondiminium itu sebelum ia runtuh.

Mohd Taufiq ketika dihubungi Malaysian Digestsebentar tadi memaklumkan, pihaknya menghubungi Nur Hamidah pada 8 Mac lalu selepas berjaya mendapatkan nombor telefonnya menerusi Facebook.

Menceritakan detik cemas tersebut, Nur Hamidah berkata, ketika kejadian ibunya sedang mendukungnya dan berada di pintu depan rumah untuk menggunakan lift, sebelum melihat blok kondominium itu mula runtuh.

“Masih (dukung) abang (Mohd Taufiq)… Mida di dakap sama ibu terus sampai kondominium tumbang… Terus ibu pengsan…

“Ketika berada di dalam runtuhan itu, ibu kemudiannya tersedar mendengar tangisan Mida… Kemudian ibu menyusukan Mida lebih 3 jam di dalam runtuhan tersebut.

“Ibu mendengar suara pihak Bomba memanggil: “hello… hello.. siapa ada di dalam”.

“Kemudian ibu menjawab: “tolong tolong saya dan anak saya ada di dalam… Tolong selamatkan saya,” kata Mida ketika dihubungi Mohd Taufiq.

“… Kemudian dengan kuasa ALLAH ibu menemukan (sebatang) tongkat di dalam (runtuhan) kemudian di jolokkan ke atas, setelah itu penyelamat Bomba mengetahui keberadaan ibu dan Mida…

“Setelah itu, (pihak Bomba) menggorek runtuhan melihat kepala ibu Mida… Kemudian ibu Mida menyuruh menyelamatkan Mida terlebih dahulu baru menyelamatkan ibu…,” katanya.

Ternyata, saat dramatik dimana Norizan membawa turun Nur Hamidah menarik perhatian ramai.

“Mida diangkat oleh Pak Norizan dan kemudian sampai di bawah didukung oleh Datuk Zaman Khan (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika tragedi Highland Tower),” kata Nur Hamidah yang mesra dengan panggilan Mida kepada Mohd Taufiq.

Tragedi yang berlaku pada 11 Disember 1993 yang mengorbankan 48 penghuni selepas satu daripada tiga blok kondominium berkenaan runtuh nyata meninggalkan kesan yang mendalam kepada Nur Hamidah.

Sebelum ini, pihak Bomba menerusi laman Facebook mereka memaklumkan bahawa Nur Hamidah yang kini menetap di Indonesia merupakan seorang bidan berkelayakan dan bertugas di sebuah klinik kesihatan di Paciran Lamongan, Jawa Timur.

Sementara itu, Mohd Taufiq menerusi kemas kini di laman sosial Facebooknya turut memaklumkan bahawa Nur Hamidah telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya Zahorini Ahda Pratama, pada 17 Disember 2015.

Foto Ihsan Facebook Taufiq Sparkz (Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Mohd Taufiq Abd Sattar)Foto Ihsan Facebook Taufiq Sparkz (Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Mohd Taufiq Abd Sattar)

Sebelum ini, Norizan yang kini merupakan Penguasa Kanan Bomba II Bahagian Pengurusan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat melahirkan hasrat untuk bertemu dengan Nur Hamidah selepas 23 tahun tragedi Highland Tower.

Berikutan itu, pihak bomba mengesahkan bahawa pihaknya telah berjaya menghubungi Nur Hamidah dan kini sedang mengatur pertemuan Nur Hamidah  dengan Norizan.

Sumber – malaysiandigest.com