Netizen Berang,Disebabkan Kes Neelofa Lancar Tudung Di Zouk,Non-Muslim Ada Yang Sindir Dan Ada Yang Tak Jadi Masuk Islam

Kes Neelofa buat pelancaran tudung Belofa di kelab malam, nampaknya hal ini makin berpanjangan walaupun Mufti sudah menegur dan Neelofa dan pihaknya membuat kenyataan maaf secara terbuka.Dalam kenyataan mohon maaf mereka, masih terselit ayat-ayat untuk memback up diri sendiri kerana kata mereka walaupun ia di buat di kelab malam,namun makan minum semua dari catering yang halal.

 

 

 

 

Ya,itulah yang mereka faham,asal ada makan minum halal maka ianya tiada masalah walaupun di buat di kelab malam.Namun apa yang mereka tidak faham, apa yang berlaku itu memberi kesan mendalam kepada orang lain.Ada yang di sindir oleh rakan Non-Muslim, ada juga orang bukan Islam merasa tertipu dengan beberapa golongan pendakwah dari kalangan sahabat dekat mereka.Kesian kan?Sedih pun ada bila masing-masing meluah rasa di laman sosial kesan yang mereka perlu hadapi lepas insiden Zouk nie.

 

Manakan tidaknya, ada Non Muslim mahu mengajak rakan Islam mereka untuk ke Zouk kerana mereka melihat Neelofa dan ramai wanita lain bertudung ke Zouk,kenapa rakan-rakan Islam yang lain tidak boleh?Itu yang mereka katakan dan fikirkan.

 

 

Begitu juga bila ada rakan mahu ajak kawan Non Muslim masuk Islam.Lepas melihat kes Neelofa di Zouk,rakan merasa tertipu. Mungkin dia di fahamkan, orang Islam tidak akan ke tempat yang mabuk penuh arak apatah lagi buat majlis dekat situ walau arak tidak di hidangkan. Orang perempuan bertudung tidak akan menari-nari teruja di hadapan ramai lelaki yang lain, namun mereka lihat majlis Belofa ada melakukan hal itu.

 

Yang nyata ramai netizen merasa sedih dengan impak yang di hadapi selepas kes Zouk dan Neelofa ini.Menurut mereka, hatta orang biasa pun tidak boleh melakukan hal itu.Apatah lagi untuk seorang public figure yang ada jutaan followers dan pernah menjadi cover majalah Forbes.Ia memberikan kesan yang mendalam kepada ramai orang.Berhati-hatilah sebelum mahu lakukan sesuatu.Apa yang netizen cakap ini ada benarnya.

 

 

Sumber : KisahDunia