Gara-Gara Tudung Kelab Malam, Neelofa Tarik Diri Dari Majlis PM

Gara-gara kontroversi panas membabitkan dirinya, Neelofa menarik diri dari menghadiri program Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama PM, Datuk Seri Najib Razak semalam. Keputusan itu diambil kerana tidak mahu majlis itu ‘terganggu’ dengan kontroversi yang sedang melanda.

“Diharapkan, keputusan yang dibuat ini dapat memberi ruang kepada orang ramai untuk menghayati segala mesej dan agenda penting negara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak”

“Sekali lagi, saya memohon maaf atas keputusan ini,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai ketidakhadiran beliau ke majlis bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ini, Neelofa dilihat menjalani latihan sebagai persediaan untuk menjadi hos majlis berkenaan, namun setelah berbincang, beliau menarik diri. Terdahulu Neelofa dikecam hebat apabila melancarkan tudung di kelab malam, Zouk.

Kontroversi pelancaran tudung di kelam malam bukan sahaja memberi impak kepada perniagaan, malah hasil siasatan mendapat usahawan itu juga telah kehilangan 100,000 pengikut di Instagram. Sekaligus menjadikan followers beliau berbaki 5.4 juta orang sahaja.

Neelofa Akhirnya Mohon Maaf Kepada Semua

Dalam kemaskini terbaru menerusi akaun Instagram beliau, Neelofa dengan rendah diri memohon maaf kepada semua pihak yang terguris dengan kontroversi pelancaran koleksi terkini tudung beliau di sebuah kelab hiburan.

Neelofa juga berkata beliau mahu bertanggungjawab atas semua keputusan yang dibuat sehingga isu ini timbul dan mahu belajar dari kesilapan.
 
“Selepas memahami dan mengambil kira apa yang berlaku ketika malam pelancaran itu, saya secara ikhlas memohon maaf kerana menimbulkan tekanan dan sentimen negatif terhadap pemilihan lokasi tersebut”

“Saya juga mahu berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan. Kami akan memberi lebih perhatian pada masa hadapan dalam menjaga imej produk”

“Melangkah terus, kami akan meneruskan penjemaan tudung dalam landasan yang sewajarnya,” katanya.

Sumber : Rotikaya