Cara Mudah Dan Berkesan Hilangkan Daki dan Sel Kulit Mati Dalam Masa 5 Minit Sahaja!

Mesti anda geli dengan masalah daki pada badan anda kan? Terutama di kawasan yang celah seperti ketiak, celah paha dan juga belakang leher kan?

Kalau orang perempuan yang bertudung tu tak mengapa la juga kan dapat tutup bahagian belakang leher yang berdaki tu dengan mudah, tetapi mesti rimas juga kan pada pandangan mata sendiri apabila melihat sendiri daki yang sukar hilang. Sebenarnya ada petua menghilangkan daki badan paling berkesan untuk daki-daki anda yang degil itu.

Cara dan petua berkesan untuk menghilangkan daki dan sel kulit mati pada seluruh anggota tubuh badan adalah seperti dibawah :

Petua Berkesan Hilangkan Daki Guna Sireh dan Beras

Kisarkan segenggam beras sehingga halus.
Selepas itu, tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat.
Campurkan beras yang telah dikisar dengan sireh yang telah ditumbuk tadi dan kacau hingga ianya sebati.
Petua dan Panduan Hilangkan Daki Pada Badan

Sebelum mandi, lumurkan dahulu adunan beras dan sirih tersebut ke anggota tubuh badan. Kemudian gosokan dengan perlahan-lahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tertanggal dari badan kita. Selain menghilangkan daki, petua ini mampu menjadikan kulit badan kita lebih halus, dan turut dan mampu menyegarkan bau badan anda.

Petua Berkesan Hilangkan Daki Pakai Beras Kunyit dan Asam Jawa

Sediakan beras, kunyit hidup dan asam jawa.
Gorengkan beras tanpa minyak sehingga warna bertukar keperang-perangan,
Kisar beras yang telah digoreng tersebut.
Kemudian tumbuk hingga hancur satu inchi kunyit hidup.
Selepas itu, gaulkan beras dan kunyit yang telah dikisar dan ditumbuk tadi dan masukkan segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Perapkan dalam tempoh kira-kira satu jam.
Petua Berkesan Hilangkan Daki dan Sel Kulit Mati

Ketika mandi, sila gosokkan bahan-bahan yang telah disediakan tadi ke seluruh anggota badan dalam tempoh kira kira 5 minit. InsyaAllah ianya mampu menanggalkan sel-sel kulit mati serta daki yang ada pada anggota tubuh badan kita. Selepas siap, bilas dengan menggunakan air paip. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.

Diharap dapat sedikit sebanyak dapat membantu anda. Jika anda rasa Petua Mudah dan Berkesan Hapuskan Daki diatas turut berguna kepada mereka yang memerlukannya, sila bantu kami menyebarkannya dengan klik pada simbol g+1 dibawah atau sebarkan dilaman-laman sosial milik anda. Sekian, terima kasih.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

 

Sumber : pelikdunia.com

Bawang putih merupakan salah satu makanan sihat yang perlu anda amalkan sebagai rutin harian. Bawang putih kaya dengan vitamin, mineral, enzim yang diperlukan oleh tubuh badan serta mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan.

Antara manfaat bawang putih adalah menewaskan setiap jenis jangkitan kerana bawang putih mempunyai kandungan anti bakteria yang kuat, melawan dan mencegah pelbagai jenis kanser, mengubati masalah pencernaan, menurunkan kadar kolestrol, dan meredakan selsema.

Bawang putih juga dapat membersihkan tubuh badan anda dari racun dan membantu anda menyelesaikan segala jenis penyakit yang anda hidapi. Berikut adalah cara-cara mengolah bawang putih untuk mengeluarkan racun dalam tubuh.

Potong beberapa hirisan bawang putih, kemudian tambahkan satu sudu air dan masukkan perahan air lemon dan kemudian anda boleh mula minum. Ulangi prosedur ini setiap hari dan minum banyak air setiap hari untuk menyingkirkan toksin-toksin dari tubuh badan serta mengubati pelbagai jenis penyakit.

“Kasihannya bila baby selsema dan batuk. Seksa nak tidur. Apa petua hilangkan batuk selsema yang berkesan ya?”

Hanya ibu bapa yang akan faham betapa susahnya menguruskan anak kecil yang mengalami batuk dan selsema. Walaupun ia bukanlah penyakit yang begitu serius, tapi ramai ibu bapa yang terpaksa berjaga malam dan kehabisan tenaga dalam proses menanganinya.

Jadi sebagai salah satu ikhtiar, bolehlah cuba petua minyak bawang yang dikongsikan oleh Puan Hanezfarjaz Zulaiqah ini untuk membantu menyembuhkan batuk dan selsema anak kecil.

Mari ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah.

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH UNTUK LEGAKAN BATUK SELSEMA ANAK

Sekadar perkongsian bagi yang belum tahu. Yang dah tahu dan dah cuba, alhamdullillah… Saya dah gunakan petua minyak bawang bawang putih ini selama 4 tahun. Sebab anak sulung saya dan nak masuk umur 4 tahun.

Minyak bawang putih ini boleh membantu melegakan selsema dan batuk pada bayi dari usia sebulan sampailah kanak-kanak 4 tahun. Bagi yang belum cuba, jom pakat buat di rumah!

1. BUANG KULIT

Pertama sekali, ambil 1-2 ulas bawang putih. Buang kulitnya.

2. BAKAR

Seterusnya, bakar di atas dapur gas sampai agak hitam.

3. ADUNKAN DENGAN MINYAK

Lenyekkan bawang putih yang dah dibakar tadi dan masukkan ke dalam botol kosong yang bertutup. Tambahkan sedikit minyak.

Boleh pakai minyak masak, minyak zaitun, minyak kelapa, minyak bijan, atau minyak jenis lain.

4. SIAP UNTUK DISAPUKAN

Kalau anak batuk selsema, sapukan pada batang hidung, dada, dan lehernya selepas mandi. Kesan untuk meresap ambil masa dalam setengah jam juga.

Ulang lagi sapuan selepas satu jam atau setengah jam. Insha Allah anak boleh tidur nyenyak. Selsema dan batuk semakin berkurang tanpa menggunakan ubat.

Nota: Buat yang pertama kali menggunakannya, pastikan cuba dalam kuantiti sedikit dulu untuk melihat keserasiannya dengan bayi. Kalau nampak tiada kesan sampingan, barulah teruskan penggunaannya seperti biasa. Sesetengah bayi mungkin sensitif dan tak tahan.

SEMOGA BERMANFAAT

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ramai ibu-ibu yang mencari ikhtiar buat anak. Ramai yang dah mencubanya dan mengakui keberkesanannya.

Apapun, jika simptom batuk dan selsema berterusan atau bertambah teruk, jangan lupa bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut ya.

Petua minyak bawang putih oleh Puan Hanezfarjaz Zulaiqah ini pertama kalinya dikongsikan melalui Facebook dan post asal tersebut telah mendapat hampir 8,000 perkongsian. Ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau.

 

Sumber : PelikDunia.com