Al-fatihah !! KAK ILAA SUDAH TIADA .. TERKULAI LAYU DIBILIK TIDUR RUMAH SEWA NYA (6GAMBAR)

POSTED ON

Lumut : Seorang wanita ditemui meninggal dunia selepas dijumpai terkulai layu bilik tidur rumah sewanya di kampung Batu 9 Lekir di sini tengahari semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengahari itu, mangsa berusia 24 tahun itu ditemui dalam keadaan menyayati hati tergantung oleh jirannya sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, ketika kejadian mangsa hanya berada seorang diri di rumah tersebut.

“Suami mangsa pula tiada ditempat kejadian kerana keluar bekerja.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat dan punca kematian adalah kerana jerutan di leher akibat tergantung,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Hanif, tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan punca kejadian masih dalam siasatan lanjut.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, Apa yang berlaku mengudang pilu rakan-rakan yang mengenali ilaa yang disifatkan mereka seorang yang mesra cuma semenjak akhir ni sahaja dia nampak macam murung kata rakan nya, moga suami dan anak-anak tabah. Al fatihah.