[VIDEO] “Seronok Sangat Berlakon Sampai Hilang Fokus, Sumbang!” -Persembahan AJL Wany Hasrita Dikritik Ramai?

Wany Hasrita sememangnya antara penyanyi yang dijangka bakal menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) pada tahun ini.

Namun persembahannya yang kurang memuaskan pada malam kelmarin akhirnya mengecewakan peminatnya apabila Wany dilihat sedikit gemuruh dan gementar ketika di pentas besar itu.

Ekoran persembahan itu, rata-rata mula mengkritik dan mengecam persembahan penyanyi berusia 25 tahun itu.

Ada juga yang berpendapat bahawa lakonan Wany di awal persembahan sebenarnya tidak perlu kerana menggangu fokus penyanyi terbabit.

Walaupun dikecam, ada yang memberikan semangat dan membuat andaian bahawa itu adalah pertama kali Wany membuat persembahan di pentas besar selama berada di dalam industri hiburan jadi tidak mustahil untuk berbuat kesilapan.

Wany antara 12 penyanyi yang berjaya mengorak ke final AJL32 selain Ara, Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli, Hael Husaini dan lain-lain.

Sumber Youtube TV3 Malaysia