(Video) Pinjam duit Ah Long untuk raikan birthday GF, ibu rembat anak dengan rotan

Padah meminjam wang dari ceti haram, seorang remaja berusia 15 tahun dirembat dengan rotan oleh ibunya berkali-kali, lapor China Press.

Dalam kejadian pada 8 Februari lalu di sebuah daerah di Vietnam, ceti haram berkenaan datang ke rumah untuk menuntut bayaran hutang dari remaja terbabit dan ketika itulah ibunya mengetahui perbuatan anaknya itu.

Difahamkan, remaja berkenaan telah meminjam sebanyak 2,000,000 dong (kira-kira RM350) dari ceti haram itu untuk meraikan sambutan hari lahir teman wanitanya.

Ibunya terkejut dan tidak menyangka anaknya sanggup berbuat demikian. Berang dengan perbuatan anaknya itu, dia terus mengambil rotan dan merembat anaknya berkali-kali.

Sedar dengan kesilapannya itu, remaja itu hanya membiarkan dirinya disebat tanpa melawan ibunya.

Si ibu bagaimanapun tidak dapat membayar hutang anaknya pada waktu itu, namun berjanji akan membayarnya sebaik saja dia sudah mempunyai wang yang mencukupi.

Rakaman video kejadian itu viral di media sosial dan ada beberapa netizen tampil mendedahkan si ibu berkenaan bekerja sebagai pekerja kilang.

“Apa masalah budak tu? Dia tak tahu ke mak dia bersusah payah bekerja menyara keluarga?

“Ceti haram yang meminjamkan wang kepada remaja itu juga patut dipersalahkan. Apa ke bangangnya mereka bersetuju pinjamkan wang untuk remaja berusia 15 tahun?” kata netizen.


Sumber: China PressWorld of Buzz