(Video) Pakcik Kopiah Raba Amoi Dalam Tren?Dikatakan INI Sebenarnya Yang Berlaku!

TULAR di media sosial rakaman video seorang lelaki yang kelihatan warak konon mengambil kesempatan terhadap seorang penumpang wanita ketika menggunakan perkhidmatan awam.

Menurut seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Asa Mpete, dia mengatakan kejadian itu berlaku pada Jumaat, ketika dia menggunakan tren LRT Rapid KL laluan Sri Petaling.

Wanita itu difahamkan dalam perjalanan menuju ke tempat kerja dan secara tidak sengaja terlihat aksi itu selepas tindakan lelaki itu disedari dua penumpang lain.

“Kejadian ini berlaku ketika saya dalam perjalan menuju ke tempat kerja. Lelaki itu menghentikan perbuatannya selepas menyedari perbuatan tak senonoh itu diperhatikan oleh pasangan Melayu yang berada di sebelah saya,” tulis pada pautan video.

Berdasarkan rakaman berdurasi 53 saat, lelaki berkopiah putih itu mungkin tidak menyedari tangan kanannya telah mengenai bahagian betis penumpang wanita yang duduk rapat dan tertidur bersebelahan dengannya.

 

 

Lalu membuatkan lelaki itu secara lembut, menarik secara perlahan jari-jemarinya agar perbuatannya itu tidak menyebabkan wanita itu terjaga.

Tangannya itu kemudian memegang beg sandangannya dan sesekili memandang ke arah perakam video.

Daripada perbuatan itu, ia jelas menunjukkan yang lelaki berusia itu langsung tidak berniat untuk meraba apatah lagi melakukan ganguan seksual, namun ia telah disalah ertikan oleh pemuat naik video.

Video itu seterusnya menerima reaksi dan tanggapan pelbagai daripada netizen, ada yang mengatakan lelaki berkenaan sememangnya ‘gatal’ namun  apa yang sebenarnya adalah ia adalah tidak disengajakan.

Netizen turut mengatakan jika benar lelaki itu ingin meraba wanita berkenaan, mengapa tidak menghalang perbuatan lelaki itu, sebaliknya hanya merakam?

“Masalahnya pakcik tu tak ada raba pun perempuan tu, kalau tak confirmperempuan tu dah terjaga, ni ada ke dia terjaga? Kalau nak sangat popular tak payah la nak fitnah pakcik ni, pergi buat kerja lebih faedah,” tulis Zulaika Rahman.

“Pakcik tu pun mungkin salah dia angkat tangan slow sangat, kalau betul tak nak jadi camni dia patut letak beg halang tak nak ada la orang nak buat andaian bukan-bukan macam perakam video ni,” kata Mohd Faizul.

Posting daripada wanita itu sehingga kini menerima perkongsian melebihi 5,100 kali dan ribuan komen daripada netizen sejak dimuat naik semalam.

Bagaimanapun, semakan kami di media sosial mendapati posting dan video berkenaan telah dipadamkan ekoran mendapat tentangan daripada netizen yang menuduhnya seakan sengaja mempersedakan golongan beragama.

Sumber– MYNEWSHUB.CC