(Video) “Mana Ada Gigi Palsu, Saya Baru 23 Tahun” -Dituduh ‘Datin Gigi Palsu’, Eina Azman Tampil Beri Penjelasan!

Pelakon Eina Azman dalam laman Insta Livenya beberapa hari yang lalu ada menjawab dakwaan mengenai tuduhan dia memakai gigi palsu.

“Saya rasa sekarang ni semua orang buat rawatan gigi. Takde benda nak malu, ramai artis buat. Bahkan artis, orang politk semua ada buat, jadi tak perlu nak cakap.

Mana ada gigi palsu, saya baru berusia 23 tahun, mana mungkin saya pakai gigi palsu,” katanya.

 

Mengulas dakwaan yang mengatakan dia memakai gigi palsu, Eina hanya menjawab bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya.

“Biarlah apa orang nak cakap, orang cakap buruk takpe, mana yang positif berfikiran positif baik alhamdulilah. Hidup kena teruskan.

Mungkin ada hikmah yang berlaku,” tambahnya lagi.


Beberapa hari yang lalu kecoh apabila pelakon Rebecca mengamuk dan menghentam seorang datin yang digelar datin gigi palsu dan muka mayat.

 

Rata-rata membuat tanggapan bahawa Rebecca menujukan kata-kata itu kepada Eina Azman, namun sehingga kini wanita itu tidak mendedahkan kepada siapa sebenarnya kata-kata itu ditujukan.

 

Sumber Youtube Gerak Geri Artis

Kredit:KisahDunia

“Bila dah tengok Aina dengan Becca bergaduh, baru faham yang macam mana kita baik pun dengan seseorang, jangan cerita 100% pasal kita…”

Baru-baru ini, jadi kecoh di laman media sosial setelah Datin Rebecca memuatnaik sebuah status yang mengecam rakan artisnya menerusi Instagram Story. Di dalam IG Story tersebut, Rebecca telah mengecam tindakan rakan artisnya yang juga berpangkat Datin seperti beliau kerana telah memburuk-burukkan dirinya di belakangnya.

Meskipun Rebecca tidak menamakan rakan artisnya itu melainkan daripada memanggilnya sebagai Datin Muka Mayat, ramai netizen yang menganggap status tersebut ditujukan kepada rakan baiknya, Datin Eina Azman yang sememangnya terkenal dengan kulitnya putih yang melepak.

Berikutan persengketaan di antara kedua-dua mak datin ini, ramai netizen terutamanya di kalangan peminat mereka telah meluahkan perasaan terkejut mereka kerana kedua-dua artis ini memang dikenali dengan keakraban mereka berdua selama ini.

Jangan cerita 100% tentang diri kita bila kita baik dengan seseorang itu
Menurut Irine, pengajaran yang paling berharga disebalik persengketaan kedua-dua artis wanita ini yang boleh dijadikan diiktibar adalah supaya kita tidak menceritakan 100% tentang diri kita dengan orang lain, tidak kisah baik macam mana pun kita dengan seseorang itu.


Boleh tahan mulut Rebecca ini


Dua-dua datin perangai macam budak kampung


Bila gaduh, habis semua aib dibuka depan orang ramai


Rebecca try hard


Dulu bukan main baik lagi, lani bila dah tak baik….


Gambar-gambar kedua-dua datin ketika masih lagi bergelar BFF

 

Mudah – mudahan sebarang pertelingkahan atau pergaduahan dapat di selesaikan dengan cara yang baik. Insyaallah.