(Video) Inilah Dia Temubual Dulu-dulu Punya Bila Fazura Bercakap Tentang Calon Suami Idaman,Memang Tertulis Ada Pada Fattah Amin 😍

Orang cakap apa yang kita fikir,apa yang kita harap,apa yang kita bayangkan dan apa yang kita doa akan menjadi satu titik permulaan yang akan membawa kita untuk dapat apa yang kita impikan.Ini termasuk juga dalam soal jodoh dan juga pasangan hidup.Kalau bercakap tentang topik kahwin, siapa yang tak nak ada pasangan hidup yang baik hati dan membahagiakan. Betul tak?

Begitulah yang berlaku dalam hidup Fazura. Selama ini, dia sering di tanya oleh ramai orang terutama wartawan, bila Fazura mahu kahwin dan siapakah lelaki yang menjadi lelaki pujaan Fazura? Jika dahulu ramai yang meramalkan Fazura bakal berkahwin dengan kerabat Diraja dan ada yang berkata level Fazura selayaknya berkahwin dengan golongan atasan dan juga VIP.

Namun, takdir telah memberi jawapan yang berbeza. Suami dan pendamping hidup Fazura datangnya dari keluarga sederhana, bukanlah VIP dan anak raja malah lelaki itu berjaya atas usahanya dari bawah sebagai anak seni.Itulah dia Fattah Amin.

Fazura bila di imbas balik dalam temubual di konti radio beberapa tahun lalu sebelum bertemu dengan Fattah,kata Fazura dia suka lelaki yang sederhana. “Terlalu mengejar kekayaan pun kalau tak bahagia, macamane?” Kena balance”.

Dalam temubual yang lain, Fazura menjelaskan bilakah berlakukanya detik awal apabila hatinya mula tertarik pada Fattah.Ketika mereka bekerja di set shooting yang sama, Fazura melihat beberapa kali Fattah solat sendirian dalam bilik apabila masuk waktu solat.Ketika itulah Fazura berkata,“he could be the one my imam,and that moment I know that I was in trouble,haha”

Peminatnya mengucapkan syukur kerana artis kesayangan mereka itu telah di anugerahkan suami yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti yang Fazura bayangkan dan harapkan dalam doanya beberapa tahun yang lalu. Oh betapa indahnya aturan hidup mereka berdua.

 

Sumber: Kisah Dunia