(Video) “Bestnyer Ko Cik B,Kecik2 Boleh Pakai Keta Mewah Dah,Akak Pakai Kancil Je Dik”-Netizen Ternganga Tengok Ds Vida Nak Belikan BMW Untuk Cik B!

Untung jadi anak orang kaya nie kan? Petik jari semua boleh dapat. Nak rumah ke,nak kereta baru ke,nak mainan, nak beli macam-macam,semuanya di manja oleh orang tua. Itulah jua yang di terima dalam hidup Cik B,anak kepada jutawan terkenal DS Vida. Tidak di nafikan Ds Vida bekerja siang malam memang untuk bahagiakan anak-anak.Maka wajarnya Cik B dapat merasa semua tu.

Pendek kata, hidup Cik B dan adiknya Kacak memang tak perlu pening kepala. Kalau orang lain kena kerja kuat untuk dapatkan banyak benda macam rumah dan kereta, Cik B boleh memiliki semua itu dengan mudah kerana semuanya di sediakan oleh sang ibu. Cik B sudah di beli rumah mewah oleh DS Vida. Dan terkini, Cik B juga bakal memiliki kereta mewah sendiri walau usianya masih 13 tahun.

Setakat BMW mungkin sangat kecil kosnya bagi DS Vida.Yelah semua kereta mewah yang nilai juta-juta sudah di beli DS Vida.Makanya untuk memenuhi keinginan Cik B untuk ada BMW sendiri memang tiada masalah bagi ibunya.

Memang ramai yang cemburu tengok Cik B.Yelah nak ada BMW tu maunya perlu kerja siang malam dulu untuk bayar ansuran bulanan.Kata mereka :

“Wow ..untunglah siapa dpt cik b suatu hr nt kan..”

“Bestnyer ko Cik B akak pakai kancil je dik..tu pun x habis bayar lagi.. rezeki kita x sama kan… “

“cik b xde lesen..so drover lah yang akan drive tuk cik b kan..mcm alip syukri….guna bmw tuk anta anak ke sekolah”

Sumber – kisahdunia