[VIDEO] Bangunan KWSP terbakar

 

PETALING JAYA: Bahagian depan bangunan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), Jalan Gasing dilaporkan terbakar Selasa.Kelihatan api marak dan asap tebal di bangunan yang terletak berdekatan dengan Lebuhraya Persekutuan itu.Menurut Jabatan Bomba Dan Penyelamat, tiada kecederaan dilaporkan dan dalam kawalan pihaknya.

Insiden tersebut menyebabkan kesesakan teruk sepanjang lebuhraya.

Berita selanjutnya menyusul…

 

 

 

  

Bangunan KWSP di PJ terbakar

Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Selangor di Jalan Gasing, Petaling Jaya terbakar hari ini.

Gambar-gambar itu dikongsi di media sosial, menunjukkan bangunan itu dijilat api marak dan menghasilkan asap hitam.

Asap berkepul-kepul itu dapat dilihat dari pejabat Malaysiakini di Jalan Tandang – kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian.

Update

PETALING JAYA: Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, dekat sini terbakar dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Sehingga kini, asap tebal serta api kelihatan dari bangunan berkenaan yang dapat dilihat dari Lebuhraya Persekutuan.

Pada masa ini, kerja-kerja memadam kebakaran sedang giat dilakukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Tiada maklumat lanjut mengenai punca kebakaran dan sehingga kini juga belum ada lagi laporan jika terdapat mangsa yang tercedera atau terperangkap akibat kebakaran itu.

 

BANGUNAN KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya terbakar dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

BANGUNAN KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya terbakar.