Tukar Kapsyen Gambar Tunang, Sufian Suhaimi Buat Pengikut Tersentuh!

Seperti yang semua tahu, akhirnya hubungan di antara Sufian Suhaimi dan Elfira Loy menemui titik noktah apabila semalam, bapa kepada pelakon ini memulangkan semula cincin pertunangan mereka.

Buat pasangan yang sudah putus, selalunya mereka akan mengambil pendekatan untuk memadam semua gambar-gambar bersama mereka sebagai tanda tiada apa-apa hubungan.

Bebeza sedikit dengan Sufian, yang enggan memendam dendam terhadap Elfira hanya sekadar menukar kapsyen bertunang mereka dengan menulis…

“Sudah tentu hari yang paling gembira daam hidupku, tak akan pernah menyesal mengenalimu, sayang. (6 Oktober 2017)”

Aduh MH pula yang rasa tersentuh dengan kata-kata dari Sufian. Malah pengikutnya juga melahirkan perasaan simpati dan sedih melihat nasib yang menimpa Sufian. Lebih sedih apabila ada juga netizen yang mengira waktunya menukar kapsyen tersebut.

Bagaimanapun MH perasan Elfira sendiri sudah memadam gambar pertunangan mereka dan hanya meninggalkan gambar ini…

Apapun MH doakan yang terbaik buat mereka berdua dan semoga kedua-dua mereka akan ditemui apa yang dicari.

 

Sumber:MH