Trend Artis, Hanis Zalikha Pun Beri Anak Kecil Makan Suplemen Kolagen??! Lihat Teguran Doktor Pakar Ini Membuatkan Mereka Terkejut Akibatnya!

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai doktor perubatan tampil di media sosial menegur selebriti yang menjual atau menjadi duta kepada produk suplemen melibatkan kanak-kanak. terbaru, Netizen di Forum Cari mempersoalkan Hanis Zalikha, kerana memberi anaknya makan suplemen kolagen yang dijualnya.

 

 

Dalam beberapa siri video, Yusuf Iskandar dilihat makan sesuatu dari paket, dipercayai produk suplemen kolagen yang dijual sendiri oleh Hanis.

 

Netizen menyuarakan kebimbangan kerana usia Yusuf masih terlalu muda untuk makan suplemen tersebut, teutamanya kesan jangka panjang yang tidak diketahui.

 

VIDEO 1 :

VIDEO 2:

 

Sebelum ini, Dr Rafidah Abdullah, pakar buah pinggang melalui Twitter telah menegur artis agar lebih bertanggungjawab dan tidak melibatkan kanak-kanak dalam penjualan suplemen.

 

 

Assalamualaikum artis-artis malaysia,

Saya sangat-sangat memohon agar anda semua jaga sedikit etika dalam menjana pendapatan.

Jangan sekaIi-kali melibatkan KANAK-KANAK dalam isu sebegini. Saya terus terang tidak mengenali siapa artis ini.

Anda tahu produk-produk yang anda “endorse” itu tidak berkesan pun. Saya mohon tunjukkan saja kepada masyarakat pemakanan sihat anda dan senaman yang anda Iakukan. Kan Iebih bermanfaat.

lni bukan personal attack tetapi sekadar rayuan kepada semua artis tanahair.

Jadi Iebih bertanggungjawab. Masyarakat memandang anda; ada yang menjadikan anda idola.

Saya dahulu kan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Dr Rafidah Abdullah Pakar Perunding Perubatan Nefrologi

Sebelum ini juga beberapa orang pengamal perubatan telah menegur Neelofa dan pelakon baru Intan Najuwa kerana mempromosikan suplemen untuk kanak-kanak. – beautifulnara.com

 

Sumber: Forum Cari