Tak Sayang Badan Ke? – Dr Amalina Selar Masyarakat Yang Guna Produk Terlarang Untuk Cantik

Zaman sekarang ini memang ramai yang terlalu obses untuk putih, kurus, kulit muka flawless, dan sebagainya

Fcf4

Image viaHello Sehat

Namun, pernah tak anda terfikir tentang kesan sampingan bila anda ambil supplements yang tak sah?

Banyak kesan negatif yang diterima oleh masyarakat selepas mengambil ubat-ubatan yang tidak diiktiraf. Terutamanya apabila sesuatu produk itu mengandungi terlalu banyak bahan kimia di dalamnya.

Isu ini turut diutarakan oleh Dr Amalina Bakri.

Pencapaian Dr Amalina Bakri yang luar biasa bermula dari pengajian di peringkat A-Level, United Kingdom seterusnya ijazah sarjana muda perubatan di University of Edinburgh membuatkan beliau mahir dalam bidang perubatan.

6173

Image viaTwitter @DrAmalinaBakri

Tidak terhenti di situ, beliau juga telah memperoleh satu lagi ijazah iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Biomedik dalam Farmakologi semasa dalam pengajian ijazah sarjana muda perubatannya.

Dr Amalina Bakri melalui laman Twitter baru-baru ini telah menyuarakan kerisauan beliau mengenaisupplements yang dibeli oleh masyarakat zaman sekarang tanpa membuat sebarang penyelidikan, semata-mata untuk cantik.

Perkongsian beliau mendapat lebih daripada 3kretweets kerana rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat beliau.

Baca perkongsian penuh Dr Amalina di bawah:

Segelintir masyarakat jenis suka membeli produk yang dijual secaraonline TANPA usul periksa. Lebih-lebih lagi dietary supplement.

32b4

Image viaTwitter @DrAmalinaBakri

B2ca

Image viaTwitter @DrAmalinaBakri

Tanpa mereka sedari, produk yang dibeli secaraonline tersebut mempunyai bahan kimia yang merbahaya untuk kesihatan.

Terlalu percaya testimoni yang hanya dikeluarkan di media sosial semata-mata. Bahaya sebenarnya.

8eb3

Image viaTwitter @DrAmalinaBakri

Untuk pengetahuan anda, semua iklan produk kesihatan yang ingin dilakukan sama ada melalui media sosial atau mana-mana platform, perlu ada lesen kelulusan.

6b3d

Image viaTwitter @DrAmalinaBakri

Tak semua produk yang dijual mempunyai sijil kelulusan yang sah. Semua produk tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan iklan palsu hanya untuk menarik perhatian masyarat tentang ‘kebaikan’ sesuatu produk yang dijual.

Dr Amalina juga berkongsi tentang 20 jenis penyakit yang TIDAK BOLEH diiklankan:

0a97

Image viaTwitter @DrAmalinaBakri

Masyarakat sepatutnya lebih meningkatkan kesedaran mengenai isu kesihatan kerana ianya bukan sesuatu perkara yang boleh dipermainkan

6a96

Image viaTwitter @DrAmalinaBakri

Nasihat Dr Amalina yang sememangnya berguna untuk masyarakat

F24e

Image viaTwitter @DrAmalinaBakri

Anda perlu lebih menitikberatkan soal kesihatan anda. Jangan sesekali membuat keputusan dan mengambil langkah mudah untuk kurus, pandai, putih, cantik dan sebagainya. Harus berusaha lebih, ok? 🙂