Solat Pakai Kasut Siap Pegang Iphone X, King Afiqq Minta Dikecam?

Pelbagai cara dilakukan oleh usahawan online bagi memastikan kewujudan mereka sentiasa disedari dan diperkatakan oleh netizen. Semuanya dilakukan agar kekal relevan dan perniagaan mereka kekal mendapat sambutan daripada pelanggan.

Apa sahaja akan dilakukan walaupun akan mengundang cemuhan dan kecaman daripada netizen. Dalam masa sama, tindakan tersebut kadang-kadang menjadi bahan ketawa orang ramai seperti yang dilakukan King Afiqq ketika bercuti di Mesir, baru-baru ini.

Solat berkasut, pegang phone

Kali ini usahawan muda King Afiqq memuatnaik gambar dia ‘solat’ lengkap berkasut, memakai cermin mata hitam sambil tangan kirinya memegang iPhone. Gambar berkenaan ditemani kapsyen ‘Lelaki yang hebat adalah lelaki yang tidak meninggalkan solat. Like tanda setuju.

Gambar berkenaan mengundang kecaman dan kritikan netizen yang selama ini ‘geram’ dengannya sebelum ini banyak memuatnaik foto gaya hidup mewah hasil perniagaannya.
Takat tu jela husnudzon

Setiap benda ada fungsi

Tahyat akhir pegang iPhone X?

Macam permainkan agama je

Rahsia marketing yang orang tak nampak

Pasni dia pakai 2 jam kat tangan

Sumber: Unicorn Lahanat