Smooth Giler Dorang Menari, Achey Dan Isteri Buat Panama Dance Sama-sama Bikin Netizen Gelak

Achey dan isteri sebelum mereka naik dan glamour dan di kenali ramai, hidup mereka berdua penuh dengan dugaan dan tangisan. Di uji dengan tiada harta dan duit, hanya tinggal di bengkel penuh dengan minyak hitam lepas berkahwin, mereka berdua tetap saling setia dan saling menemani.

 

Maka tidak hairanlah setelah banyak dugaan melanda, semua tangisan mereka suami isteri sebelum ini di ganti dengan banyak hal yang baik-baik. Jika lihat betapa seronoknya Achey dan isteri menjalani hidup hari ini, kita mungkin tidak tahu susahnya hidup mereka sebelum ini kan? Yang nyata, semua hal yang di lakukan oleh Achey adalah untuk membuatkan orang sekeliling terhibur.

 

Baru-baru ini, Panama Dance menjadi viral di internet. Makanya, Achey dan isteri pun tidak mahu ketinggalan untuk menunjukkan bakat mereka menari Panama Dance bersama-sama. Mereka pun apa lagi,terus buat rakaman ini.



Boleh tahan smooth juga tarian dorang. Isteri dia pun sama naik sekali melayan perangai suami. Dek kerana views pun dah cecah lebih dari 200,000,ramai juga netizen memberi komen masing-masing antaranya meminta isteri Achey untuk sertai Raja Lawak.

Sumber:Kisah Dunia