Selepas Bebas Dari Tahanan Polis, Akhirnya Sofi Jikan Dedahkan Hubungannya Dengan Farid Kamil Buat Diana Danielle Terkejut Besar! Tak Sangka Sampai Macam Tu Sekali…

 

“Allah Saja Tahu Hubungan Saya Dengan Farid” – Sofi Jikan

PETALING JAYA: Pelakon Sofi Jikan enggan mengulas panjang tentang laporan yang dibuat oleh rakan baiknya Datuk Farid Kamil, sebaliknya menganggap apa yang berlaku itu sebagai ujian daripada Allah.

Mengulas tentang hubungannya dengan pelakon berkenaan, Sofi atau nama sebenarnya, Mohd Soffi Jikan, 48, berkata, biar Tuhan sahaja yang mengetahui perkara itu.

“Alhamdulillah selepas tiga hari ditahan saya dibebaskan saya anggap apa yang berlaku sebagai ujian Allah kepada hambanya yang lemah, tentang laporan (dibuat Farid Kamil) itu saya tidak mahu komen.

“Hubungan saya dengan Farid? Biarlah Allah sahaja yang tahu,” ujarnya kepada mStar Online.

Sofi ditemui selepas dia dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kerana positif ganja pada Jumaat.

Sofi sebelum ini ditahan reman selama tiga hari bermula Rabu lalu dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, Sofi berkata, dia akan menghabiskan penggambaran filem Polis Evo selepas dibebaskan.

Sementara itu ketika menuju ke lif selepas menjawab soalan berkaitan Farid Kamil, Sofi sempat mengeluarkan ayat “lu rembat wa, wa rembat lu” yang tidak pasti ditujukan kepada sesiapa.

Peguamnya Datuk Hanif Hassan pula berkata, pelakon itu memberi kerjasama dengan baik kepada pihak polis sepanjang tiga hari dia ditahan.

Untuk rekod, Sofi diberkas ketika hadir untuk memberi keterangan di Balai Polis Mutiara Damansara pada Rabu lalu berhubung laporan polis yang dibuat pelakon Datuk Farid Kamil pada 31 Januari lalu.

Dalam laporan tersebut, Farid didakwa mendedahkan tiga rakan artis yang terlibat meletakkan dadah dalam minumannya.

Selain Sofi, artis yang didakwa Farid itu ialah anggota kumpulan Innuendo iaitu Taj dan seorang lagi bernama Firdaus .

Tindakan Datuk Farid Kamil memadam foto bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimuat naik olehnya bulan lalu menjadi persoalan netizen.

Foto dengan kapsyen memuji tokoh pemimpin itu disedari sudah dipadam selepas pelakon Lafazkan Kalimah Cintamu itu dibebaskan daripada tahanan reman pada 16 Januari lalu.

“Sedih dengan apa yang terjadi sebenarnya antara kamu dan Sofi Jikan? Kenapa lepas kejadian anda padam gambar dengan Tun M?

“Kenapa padam gambar puji Tun M?, must be something,” tulis salah seorang netizen pada foto terbaharu yang dimuat naik aktor itu pada Rabu.

Pada 4 Januari lalu Farid mendapat perhatian netizen apabila memuat naik foto Tun Mahathir dengan kapsyen berbunyi ” Public Figure No1… Berwawasan 2020-20 infinity.

Pelbagai pertanyaan diaju netizen di foto Instagram Farid Kamil.

Bagaimanapun, ia mendapat reaksi berbeza peminat yang setuju dan tidak dengan kapsyen tersebut.

Selain itu, segelintir netizen bertanya niat sebenar dia membuat laporan terhadap rakan baiknya sendiri iaitu pelakon Sofi Jikan.

Pada Rabu lalu, Sofi, 48, ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Pelakon itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun.

Sementara itu, Farid memberikan tanda suka (like) pada foto dan video di Instagram Sofi khusunya untuk foto ketika dikenakan perintah reman di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu lalu yang menjadi tanda tanya netizen.

Antara foto-foto ketika Sofi di Mahkamah Petaling Jaya yang dimuat naik adiknya Shaiful Jikan.

Namun, sehingga kini aktor itu tidak menjawab dan memberi sebarang reaksi terhadap perkara tersebut.

Pada 16 Januari lalu, Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Manakala pada 25 Januari lalu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret sama, atas pertuduhan mengambil dadah jenis jenis THC iaitu dalam kumpulan ganja. – mstar