Sekitar majlis resepsi pasangan #Fattzura di hotel mewah di KLCC malam tadi

Setelah tiga bulan mendirikan rumah tangga, peminat sudah tentu boleh menarik nafas lega apabila pasangan pelakon popular dan sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin telah mengadakan majlis resepsi mereka di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur malam tadi.

Memilih konsep ‘fairy tale’ atau kayangan sebagai tema, majlis merpati dua sejoli itu telah dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat kedua-dua selebriti tersebut, manakala 11 Mac depan pula ada sebuah lagi majlis khas buat peminat mereka berdua.

Rata-rata peminat meluahkan rasa syukur dan memuji pasangan sama cantik sama padan itu kerana tampil dengan busana pengantin yang simpletetapi cukup cantik dimata semua yang melihatnya.

‘Simple’ dan cantik

Sama cantik sama padan

https://www.instagram.com/p/BfnvSk1Fpe8/

 

https://www.instagram.com/p/Bfn4Do3ld8I/

 

Pasangan yang digandingkan dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella, dan telefilem, Wanita Terindah, itu melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 November lalu.

Sumber : ohmymedia