Sedang Sibuk Mengacara AJL, Baca Mesej Yang Dihantar Alif Satar Untuk Isterinya.. Sweet Sangatla..!

Alif Satar bukan sahaja pandai menyanyi, berlakon malah dia juga punyai bakat dalam bidang pengacaraan. Ini terbukti apabila gandingannya bersama Sherry Al Hadad dalam Anugerah Juara Lagu 32 semalam mendapat pujian orang ramai. Tidak over, elegan dan setiap mesej yang disampaikan jelas dan teratur.

Kata orang, disebalik kejayaan seseorang itu pasti ada orang yang sentiasa menyokong. Baca apa yang Alif Satar hantar kepada isterinya walaupun dia sedang sibuk jadi pengacara AJL. Alahai sweetnya!
Walaupun sibuk, Alif masih ingatkan isteri tercinta

Paparan skrin diatas telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter dimana ia menunjukkan text yang dihantar oleh Alif Satar kepada isterinya. Paling sweet sekali, dalam kesibukan Alif mengacara AJL secara langsung dia tetap menghargai sokongan isterinya. Sweet kan?

Untung la dapat suami penyayang, ingat pengorbanan serta sokongan yang diberi semasa susah senang Alif menjadi artis ini. Sikap yang dtinujukkan Alif wajar dijadikan contoh untuk suami diluar sana kerana dengan menghantar ucapan yang ringkas pada isteri, ia sudah cukup untuk membuatkan isteri dihargai.

Sumber: Twitter via ohbulan