Resipi epal goreng yang manis dan rangup, sekali mencuba pasti mahu makan lagi

Resipi epal goreng yang manis dan rangup, sekali mencuba pasti mahu makan lagi

Buah epal sangat popular dan dimakan oleh semua orang hampir setiap hari. Ia bukan sahaja buah yang sedap tetapi epal kaya dengan pelbagai zat yang baik untuk kesihatan.

Untuk mempelbagai manfaat memakan buah epal dan tidak menjadi bosan, apa kata anda mencuba resipi epal goreng ini.

Bahan-bahan:

2 biji buah epal

1/2 mangkuk tepung

1 biji telur

Minyak masak

Cara menyediakan:

1.Pecahkan 1 biji telur ke dalam mangkuk. Pukul hingga sebati.

2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit bersama sedikit air ke dalam adunan telur tadi.

3.Kupas kulit epal dan potong nipis 2 biji epal.

4.Masukkan hirisan epal ke dalam adunan tepung dan telur dan biarkan seketika.

5.Panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak panas, kecilkan api. Masukkan salutan epal bersama adunan tadi ke dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan dan garing.

6.Angkat epal goreng dan toskan minyaknya. Hidangkan. Epal goreng sudah tersedia untuk dimakan. Salutkan sedikit madu jika suka.

Selamat mencuba!

Sumber : Beauty

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru