“Peh Ni Baru Beauty With Brain! #EducationComesFirst”-Keputusan Akademik Afifah Nasir Dan Nazirah Nasir Dapat Pujian Netizen

Ramai kata jadi artis ni mesti pendidikan tak seberapa tetapi ternyata salah sekali kerana mereka jugak mempunyai latar belakang pendidikan yang sangat bagus.

Contohnya Lisa Surihani, Yunalis Zarai, Farah Nabilah, Datuk Aznil Hj Nawawi dan ramai lagi. Siapa yang kenal dengan pelakon Anzalna Nasir? Rupa-rupanya dia dan juga adik beradiknya pandai-pandai belaka weh!

Memang sekeluarga pandai-pandai. Tak percaya? Haa hal ini diketahui menerusi posting terbaru pelakon, Anzalna Nasir yang memuat naik keputusan adik-adiknya iaitu Nazirah Nasir dan Afifah Nasir.

Tahniah @nazirahnasir97. Tiada apa yang membuat saya gembira dari melihat kejayaan kamu dalam pelajaran. Ibu-bapa saya selalu mengingatkan kami bahawa kecantikan tak boleh pergi jauh dalam hidup tanpa pelajaran. Mereka juga ajar kami untuk merendah diri walaupun sudah berjaya dalam hidup.

Semasa zaman universiti @afifahnasir93, dia membanggakan saya sebagai kakaknya dengan keputusan yang cemerlang sehinggalah dia menamatkan pelajaran.

Saya ingat lagi dia belajar dari pagi ke malam. Sampai makan pun tolak tepi hanya sebab kerana mahu tumpu dengan pelajaran dan sekarang Maggie melalui fasa yang sama.

Saya seorang kakak yang sangat bangga dengan mereka tetapi tidak dinafikan mereka pandai kerana aliran dari ayah. Saya selalu kagum dengan ayah. Segala pencapaian yang telah dicapai dalam hidupnya sangat menkagumkan.

Memang benar apa yang orang kata pasal ayah, bijak tetapi masih merendah diri. Tahniah dengan buku terbaru, ayah! Swipe untuk lihat keputusan @afifahnasir93. Sorry Fif! I curi jap. #EducationComesFirst

Rata-rata ramai netizen yang memuji kecemerlangan mereka dalam pelajaran. Tengok keputusan dorang memang gempak! Siapa dekan tu!
Respon netizen
Hebatnya adik beradik The Nasir ni!

Sejenis yang humble betul-betul humble..

Beauty with brain, congrats!

Intelligent tapi merendah diri, salute!

 

Min belanja sikit video presentation Nazirah Nasir!

Sumber: IG Anzalna Nasir, Afifah Nasir, Nazirah Nasir