“Ni nak jual lagu ke jual badan? Dah macam penari tiang.” – Netizen maki hamun video muzik Kilafairy

Bagi yang mengenali pelakon Kilafairy, tidak dinafikan anak kepada Rohana Jalil itu mempunyai bibir yang seksi persis aktres antarabangsa, Angelina Jolie. Bukan hanya pelakon, beliau kini telah melebarkan sayap menjadi seorang penyanyi.

Terbaru, Kilafairy muncul dengan single sulung yang berjudul Put The Word In dan video muzik lagu tersebut telah dimuat naik di platform YouTube pada Jumaat lalu.

Namun, video muzik itu telah mendapat kritikan hebat daripada netizen yang rata-rata mengecam konsep video yang kelihatan jalan cerita berterabur dan tidak difahami serta suara penyanyi yang terlalu autotune.

Tidak kurang ada juga netizen yang menjadikan Kilafairy seolah-olah sebagai simbol seks dengan aksi-aksi mengghairahkan di dalam video muzik bersama-sama Sean Kingston dan Dj Aku Ash itu.

Sumber : Paranormal Records via ohmymedia