“Nak Naik Apa Pun Sanggup, Masa Berlakon Suri Hati Mr. Pilot Tak Pegang Tangan Pun!” -Pegang Tangan Zul Ariffin Berlapik, Neelofa Ditegur?

Pada rancangan MeleTOP yang lalu, pengacara dan pelakon cantik Neelofa Mohd Noor ada mengumumkan bahawa dia dan pelakon kacak Zul Ariffin bakal bergandingan bersama dalam drama Ti Amo Sweetheart.

Pastinya ramai yang tak sabar menantikan gandingan mantap kedua pelakon itu sehinggakan sekeping gambar yang dimuat naik Neelofa dalam laman Instagramnya tiga jam yang lalu mendapat hampir 82K likes daripada pengikut Instagram.

Namun aksi Neelofa berpegangan tangan dengan Zul Ariffin dipandang serong oleh sesetengah individu sehingga mendakwa Neelofa sanggup berbuat demikian semata-mata untuk melonjakkan namanya.

Bahkan ada juga yang mengaitkan ketiadaan babak mesra berkenaan dengan filem-filem Neelofa yang terdahulu.

Biarpun dikecam, rata-rata mempertahankan Neelofa dengan menyatakan bahawa mereka berdua memakai sarung tangan.

Rata-rata peminat dilihat teruja dan tidak sabar untuk menonton drama berkenaan.

Difahamkan Neelofa dan Zul kini berada di Rome, Italy bagi menjayakan drama arahan Michael Ang itu.

Sumber Instagram Neelofa

 

krefit: Kisah Dunia