“Naiklah Banyak Mana Nak Naik” – Memey Suhaiza Tak Risau Berat Badan Bertambah

Pelakon Memey Suhaiza akui tidak bimbang tentang penambahan berat badannya ketika hamil.

Sebaliknya kata Memey, itu merupakan tanda anaknya sedang membesar dengan sihat.

“Hari ini dapat tengok baby. Timbang tadi berat mummy naik 3 kg dalam tempoh sebulan.

“Waktu paling tak risau berat bertambah adalah masa mengandung.

“Naiklah banyak mana nak naik. Sebab mummy tahu anak mummy tengah membesar.

“Lepas tu pandai-pandailah mummy nak maintain balik,” tulisnya di Instagram (IG) sebentar tadi.

Selain itu, isteri kepada aktor Norman Hakim ini juga berkongsi foto ‘ultrasound’ anak ketiganya itu.

Memey juga mengucapkan rasa syukur kerana bayinya berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah, semuanya sihat. Dr. Zarina kata baby malu-malu nak tunjuk jantina lagi. Hehehe

“I love you sayang mummy papa #normey3rdjr,” tulisnya.

Foto: Instagram @memeysuhaiza
Kredit: Astrogempak