‘mimpi ngeri’ apabila sebahagian kostum yang dipakai terdedah semasa beraksi dalam acara tarian luncur ais di Sukan Olimpik Musim Sejuk, namun apa yang dilakukan selepas igu mengejutkan sampai juri pon tergaman….

ATLET luncur ais, Gabriella Papadakis mengalami ‘mimpi ngeri’ apabila sebahagian payudaranya terdedah semasa beraksi dalam acara tarian luncur ais di Sukan Olimpik Musim Sejuk, minggu ini.

Walaupun insiden itu disaksikan jutaan penonton dari seluruh dunia, beliau terus menunjukkan persembahan yang memukau  di PyeongChang, Korea Selatan.

 


Gabriella (kanan) bersama pasangannya bagi acara tarian luncur ais ketika insiden sebahagian payudaranya terdedah. Foto Reuters

Bersama pasangannya, Guillaume Cizeron, kedua-dua mereka meraih pingat perak.

Bagaimanapun, beliau bukanlah atlet pertama yang berdepan insiden yang memalukan disebabkan masalah pakaian semasa beraksi dalam acara sukan.

image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/02/21/bukan-setakat-payudara/~/media/1f95399040cb426f858c527876ed7fab.ashx?la=en


Pakaian Yura Min (kiri) hampir terlucut. Foto REX/Shutterstock

Atlet Korea Selatan, Yura Min berdepan dengan detik-detik cemas apabila kostum yang dipakainya hampir terlucut.

Insiden itu berlaku semasa beliau beraksi dalam acara tarian luncur ais bersama pasangannya Alexander Gamelin di Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang.

Atlet sukan polo air Sepanyol, Laura Lopez secara tidak sengaja mendedahkan sebahagian payudaranya apabila kostum yang dipakainya terselak semasa Kejohanan Renang Dunia Fina pada 2009.

image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/02/21/bukan-setakat-payudara/~/media/2b2e9641eec84bd6a4eb4d728b25a184.ashx?la=en


Kostum yang dipakai Laura Lopex terselak sehingga menampakkan sebahagian payudaranya. Foto AFP/Getty Images

Atlet renang Itali, Flavia Zoccari berdepan dengan insiden memalukan berikutan kostumnya koyak sehingga menampakkan sebahagian punggungnya, pada Sukan Mediterranean, 2009.

Seluar yang dipakai bekas pemain kriket England, Andrew Flintoff turut terkoyak di bahagian depan semasa meraikan kemenangan dalam permainan di Afrika Selatan pada 2005.

Atlet sukan bobsleigh Kanada, Christopher Spring turut berdepan dengan masalah kostum sehingga koyak di bahagian perut semasa Sukan Scohi pada 2004. – MirrorUK

PELUNCUR ais, Yura Min berdepan detik mencemaskan apabila kostum dipakainya nyaris terlucut ketika beraksi pada acara Olimpik Musim Sejuk di Korea Selatan.

Insiden itu berlaku sewaktu atlet itu baru memulakan persembahannya.

Menerusi video yang dimuat naik, atlet berusia 22 tahun itu dilihat beberapa kali cuba membetulkan bajunya yang agak terdedah di bahagian dada.

Setiap kali dia membuat pusingan bersama pasangan, Alexander Gamelin, Yura kelihatan menarik bajunya ke atas.

Dia yang tenang menghadapi masalah itu berjaya menamatkan persembahan tanpa sebarang kecacatan.

Menerusi kenyataan kepada Detroit Free Press, dia mendedahkan peristiwa itu berlaku kerana masalah cangkuk di bajunya.

“Memang saya takut apabila menyedari cangkuk di belakang baju tercabut ketika sedang beraksi didepan penonton.

“Orang lain mungkin akan berhenti membuat persembahan kalau terjadi perkara sebegini, tapi saya meneruskannya kerana tidak mahu mata ditolak,” katanya.

Malah, dia turut menukar sedikit rutin persembahan asal bagi mengelakkan baju itu terlucut sepenuhnya.

Bagaimanapun, keputusan juri meletakkan Yura dan pasangannya menduduki tempat kesembilan daripada 10 peserta yang mengambil bahagian.

Sejurus persembahan, Yura menerusi laman Twitter miliknya berterima kasih kepada penonton yang memberi sokongan dan berjanji untuk menempatkan dirinya dalam kelompok teratas apabila bersaing acara individu.-Metro.uk

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/02/12/cangkuk-kostum-tercabut/#tss2PT66qWxt0Af5.99

 

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/02/21/bukan-setakat-payudara/#WBGMmLPHLKxpCGbq.99