Lakaran wajah suspek ini seperti kartun, tetapi percaya atau tidak lakaran inilah yang telah membantu polis mengenal pasti suspek yang dikehendaki!

 

Lakaran wajah suspek ini seperti kartun, tetapi percaya atau tidak lakaran inilah yang telah membantu polis mengenal pasti suspek yang dikehendaki!

Lakaran polis biasanya digunakan untuk membantu dalam mengenal pasti wajah suspek yang terlibat dalam pelbagai kes jenayah di seluruh dunia. Lakaran kartun yang sederhana ini sekali pandang mungkin tidak memberi apa-apa gambaran tetapi hakikatnya gambar kartun inilah yang telah membantu polis menjejaki suspek yang dikehendaki!

Pihak polis di Pennsylvania, Amerika Syarikat, mengatakan bahawa mereka akhirnya mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes kecurian, berdasarkan lakaran ringkas yang disediakan oleh saksi.

Lakaran saksi yang menerangkan tentang fizikal suspek, membantu polis menjejaki indvidu yang dikehendaki


Sumber: BBC

Hung Phoc Nguyen, 44 dituduh telah menyamar sebagai seorang pekerja di Pasar Sentral di Lancaster. Dia dikatakan telah mengambil wang tunai di situ ketika ketiadaan pekerja di situ. Dia dilaporkan telah melarikan diri dengan jumlah tunai yang masih tidak diketahui nilainya.

Terdapat persamaan…


Sumber: Balai Polis Lancester

Selain lakaran suspek, saksi telah memberi keterangan tentang sifat fizikal Nguyen.

“Suspek digambarkan sebagai lelaki berumur 30-40 tahun, tinggi 5’04”, bertubuh kecil dan mungkin orang Amerika Selatan atau Asia. Suspek juga dikatakan berambut lurus, hitam yang menutup telinganya dan dia mempunyai tulang pipi yang luas dan dagu yang tajam. “

Lakaran sederhana itu akhirnya telah membantu pihak polis mengenal pasti suspek yang dikehendaki. Sesetengah pegawai dapat mengenal pasti Nguyen berdasarkan lakaran, keterangan fizikal dan modus operandi yang digunakan. Dia telah didakwa dengan dua tuduhan kes kecurian.

Jabatan Polis Pennsylvania juga meminta orang ramai untuk melaporkan jika ternampak kelibat suspek. Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang lokasi semasa suspek boleh melaporkannya kepada pihak polis dengan segera.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru