Kini Anda Boleh Beli Rumah serendah harga RM5 Di Kepulauan Itali….

Jual rumah serendah harga RM5 – Global


Murah gila!, sebuah bandar di bandar Sardinia di sini, menawarkan 200 buah rumah dengan harga cuma 90 pence atau RM5 sahaja bagi setiap satu unit. Foto: DailyMail.

ROM – ITALI. Murah gila! sebuah bandar di bandar Ollolai, Sardinia di sini, menawarkan 200 buah rumah dengan harga cuma 90 pence atau RM5 sahaja bagi setiap satu unit.

Memetik laporan Daily Mail, langkah itu diambil bagi mengelakan bandar yang terletak di Kepulauan Itali itu menjadi bandar hantu ekoran populasi kelahiran bayi setiap tahun di bandar itu mengalami penurunan mendadak.

Langkah drastik itu dilaksanakan oleh Datuk Bandar Ollolai, Sardinia, Afio yang mengambil maklum tentang perkembangan itu lantas memutuskan untuk menyediakan skim rumah khas.

“Kebanggaan masa lalu adalah kekuatan kami. Kami sentiasa hidup dalam keadaan sukar namun kami sama sekali tidak akan membenarkan bandar kami mati,” ujar Afio.

Dalam perkembangan terbaharu, langkah berkenaan telah menarik ramai pihak apabila telah menerima 120 permohonan daripada warganegara Amerika Syarikat, Australia dan Rusia untuk membeli unit rumah disitu.