Kejadian rakaman ikan ‘duyung’ yg sebenar! Betul-betul tidak dapat percaya mata sendiri!

 

Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Dokumentari yang dibuat oleh rancangan TV dari negara luar yang memaparkan ikan duyung yang kita ingat adalah legend sebelum ini. Banyak pakar telah membuat siasatan tentang ikan duyung dan telah dapat sedikit info tentang kewujudan ikan duyung, tetapi kenapa pakar-pakar tersebut tidak memilih untuk bagi tahu seluruh dunia tentang apa yang telah mereka jumpa dalam siasatan dan selidik mereka secara keseluruhan?

Penyelidikan oleh pakar-pakar bermula apabila terlalu banyak orang awam cakap mereka jumpa ikan duyung, dan ada antara mereka juga ada bukti gambar dan video tentang ikan duyung yang mereka jumpa. Penyelidikan mereka ambil masa yang agak panjang untuk memastikan kewujudan ikan duyung.

Ada sesetengah pakar berpendapat bahawa ikan duyung yang dijumpa oleh orang awam kemungkinan ialah sejenis ikan yang rupa bentuk macam manusia. Disebabkan orang awam ambil gambar dari jarak yang sangat jauh, mereka tidak dapat lihat dengan teliti dan ingat mereka jumpa ikan duyung disebabkan oleh bentuk haiwan tersebut nampak cam ikan duyung.

Ada juga sesetengah pakar percaya ikan duyung memang wujud, tapi mereka sembunyikan mereka daripada dijumpa oleh manusia disebabkan bentuk mereka ada 50 peratus sama dengan manusia. Walau bagaimanapun, adakah ikan duyung memang wujud ataupun hanya adalah satu legenda sahaja? Anda nilaikan sendiri. Mari lihat dokumentari yang mengenai ikan duyung ini.

Sila tonton video: