“Ini Sandal Mahal! Kau Tak Mampu Membayarnya!.” Mak Cik ‘Cleaner’ Dibelasah Hingga Cedera Parah Kerana Tidak Sengaja Membasahkan Sandal Seorang Wanita Ketika Membesihkan Pasar..

Image result for Woman Beats Cleaner for Accidentally Splashing Her 'Expensive
Seorang pekerja pembersihan dikejarkan ke hospital pada Isnin lalu selepas dia dibelasah teruk oleh seorang wanita, lapor NextShark.

Mangsa yang tidak didedahkan namanya itu dibelasah kerana membasahkan sandal wanita berkenaan di pasar makanan laut di Sanya, pulau Hainan dan polis kini sedang menyiasat kejadian itu.

hospital near me

Menurut saksi kejadian, insiden itu berlaku apabila mangsa secara tidak sengaja membasahkan sandal wanita berkenaan yang berdiri tidak jauh darinya.

Menyedari kesilapannya itu, mangsa segera memohon maaf dan berkata dia tidak menyedari wanita itu berdiri berhampiran.

Malangnya permohonan maaf mangsa tidak diendahkan dan wanita itu terus menyerang dan membelasah mangsa terutamanya di bahagian kepala sambil menjerit mangsa tidak akan mampu membayar pampasan kepadanya kerana sandal yang dipakainya itu sangat mahal harganya.

hospital near me

Selepas kejadian itu, rakaman video orang awam menunjukkan wanita terbabit ditahan dan diiring keluar oleh dua anggota polis. Sementara itu, mangsa yang berlumuran darah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.

Kejadian itu mengundang kemarahan netizen, “Pakai sandal mahal tapi hati busuk!”. 

Bagaimanapun ada segelintir netizen berasa sangsi dengan dakwaan wanita terbabit kononnya sandal yang dipakainya itu mahal.

hospital near me

Semakan pada video viral di saat ke 00.13 hingga 00.16 menunjukkan wanita terbabit hanya memakai sandal biasa, bukannya sandal mahal seperti yang didakwanya.