Hasil keputusan makmal Pemeriksaan perubatan  menunjukkan bahwa telur yang keluar dari tubuh Akmal (14), remaja asal Gowa, Sulawesi Selatan, adalah

kolase, Akmal lahirkan 21 telur ayam

Hasil keputusan makmal Pemeriksaan perubatan  menunjukkan bahwa telur yang keluar dari tubuh Akmal (14), remaja asal Gowa, Sulawesi Selatan, adalah telur ayam.

Hal ini disampaikan oleh dokter berdasarkan hasil ujian makmal.

“Hasil ujian makmal sudah jelas bahwa itu adalah telur ayam dan sekarang yang perlu kita kaji adalah cara telur tersebut dimasukkan ke dalam tubuh pesakit” kata doktor Ratnah Hafied, doktor pakar kanak-kanak di RS Syech Yusuf Sungguminasa, Makassar, Rabu (21/2/2018).

Akmal mengaku telah mengeluarkan telur hingga mencapai 21 butir.

Telur terakhir yang dikeluarkannya berukuran kecil dan pecah saat dikeluarkan.

Saat itu, Selasa (20/2/2018) sekitar pukul 16.00 Wita, dia sedang buang hajat.

“Kemarin petang keluar lagi di WC, tetapi ukurannya kecil dan pecah jatuh di tandas,” kata Akmal saat ditemui di ruang wad.

Sementara itu, aparat Polres Gowa masih menyelidiki cara telur tersebut berada di dalam tubuh Akmal.

Sebelumnya diberitakan, Akmal telah dikuarantin oleh pihak hospital, Isnin (19/2/2018).

Hasilnya, ada dua butir telur di dalam tubuh Akmal.

“Tadi malam saya bawa ke puskesmas kerana sakit perut dan ternyata pihak puskesmas curiga ada telur di dalam perutnya, makanya dirujuk ke sini,” kata Rusli, orangtua Akmal, saat itu.

Gempar! Remaja Ini Dakwa Sudah Bertelur 20 Biji. Apabila Telur Beliau Dipecahkan, Semua Terkejut Apabila Isi Kandungannya Adalah..

Imbasan X-Ray menunjukkan terdapat objek berbentuk seperti telur ayam di dalam rektum seorang remaja di Indonesia. -fotoTwitter

SEORANG remaja lelaki mendakwa dirinya mengeluarkan telur sejak 2015 dan dalam tempoh lebih dua tahun, dia sudah mengeluarkan 20 biji telur.Pada tahun 2015, Akmal yang kini berusia 14 tahun dari daerah Gowa di Sulawesi Selatan, menjadi tajuk utama setelah mendakwa mengeluarkan tujuh biji telur dalam masa seminggu.Pada masa itu, pakar perubatan bingung melihat kewujudan objek yang bentuk dan saiznya sama seperti telur ayam ‘bersarang’ dalam rektumnya (dubur) dan tidak ada penjelasan diberikan mengenai dakwaan yang dibuat terhadap telur-telur itu.

Sekarang, memasuki tiga tahun, Akmal kembali ke hospital sambil mendakwa dia telah mengeluarkan keseluruhan 20 biji telur.

“Dua tahun lalu dia bertelur 18 biji dan hari ini dua biji, jadi jumlahnya sudah 20 biji.

“Telur pertama saya pecahkan isinya cair berwarna kuning, tidak ada putih. Sebulan kemudian saya pecahkan lagi, tapi isinya putih tidak ada kuning,” kata bapa Akmal, Rusli, di kediamannya ketika ditemui wartawan, Isnin, memetik Detik.

image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/02/21/remaja-bertelur/~/media/3c7532f8721b41438327915c479126a6.ashx?la=en&h=396&w=620

Dua biji telur yang dikeluarkan oleh Akmal. -foto DetikCom

Dua biji telur terakhir itu dikeluarkan di Hospital Syekh Yusuf di Gowa, yang mana doktor tidak mahu membuat andaian mengenai telur dan kejadian ini.

Jurucakap hospital Muhammad Taslim mencurigai telur yang berada dalam tubuh Akmal sengaja dimasukkan sendiri.

Ini kerana, katanya, mengikut logik perubatan adalah mustahil untuk telur itu berada di saluran pencernaan.

“Buat masa ini kecurigaan kita seperti itu. Tapi kita tidak melihatnya,” kata Taslim ketika dihubungi, memetik Detik.

“Secara ilmiah tidak mungkin ada telur di dalam tubuh manusia. Itu tidak mungkin, apatah lagi di saluran pencernaan,” katanya.

image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/02/21/remaja-bertelur/~/media/f028458caa0541f2ab412dd15607f7d1.ashx?la=en

-foto DetikCom

Taslim berkata Akmal berada dalam keadaan normal tetapi kini dikuarantin selama seminggu, untuk mencari jawapan kepada persoalan ini.

Taslim berkata telur-telur yang pernah dikeluarkan pada 2015 adalah telur ayam biasa.

“Dua tahun lalu kita minta telur-telur itu diperiksa. Tapi saya tidak tahu keputusan terakhir. Tapi setahu saya pemeriksaan terakhir menunjukkan ia hanya telur ayam. Kalau yang terbaru ini saya belum dapat sahkan lagi,” kata Taslim.

Sementara itu, Detik melaporkan bahawa Akmal mendakwa mengalami sakit perut, yang merupakan petanda akan mengeluarkan telur.

“Tadi malam perut saya mula sakit. Saya minta bapa bawa jumpa doktor kerana sakitnya luar biasa,” katanya.

“Saya tak sangka jadi begini kerana dia hanya sakit perut. Kecuali dua tahun lalu ketika pertama kali bertelur, ibunya bermimpi melihat pohon besar berbuah lebat, di mana rantingnya mampu menaungi seluruh penjuru dunia dan keesokan hari Akmal bertelur untuk pertama kali,” kata bapanya.

Sementara itu, diJAKARTA: Awal Jun, media di Indonesia dihebohkan dengan seorang remaja lelaki dari Gowa, Sulawesi Selatan yang didakwa mampu bertelur sebagaimana bertelurnya seekor ayam.

87ef7bb8-74c2-47d6-a9a1-7f4de35ae52fAkmal, 12, remaja kelahiran Desa Mangempang, Kecamatan Bungaya, Kabupaten Gowa memegang objek bujur putih yang keluar dari duburnya.

Objek tersebut mirip telur ayam kampung. Awal Jun, video Akmal bertelur sudah dimuat naik di YouTube.

Dikerusi panjang Akmal berposisi seperti wanita yang mahu melahirkan bayi berusaha mengeluarkan telur dari duburnya buat kali keempat.

Keanehan tersebut mengundang ramai manusia ke rumahnya untuk mengamati telur yang disimpan atau menunggu “tuah” melihat jika kebetulan Akmal bertelur lagi.

Sehingga pertengahan Jun lepas, anak kepada pasangan Ruslim dan Nawasiah ini sudah menetas sembilan butir telur.

05cab084-00c5-4717-8c11-bb8c1cc203e5Dan disahkan melalui sinar-x, masih terdapat beberapa biji telur tersimpan di bahagian pinggul Akmal.

Tempo merakamkan pengesahan Ketua Bahagian Kecemasan Hospital Umum Daerah Syekh Yusuf, Doktor Adriana Galla bahawa objek yang menyerupai telur di dalam perut Akmal itu terjadi akibat berlakunya proses pengapuran di dalam tubuh.

Proses klasifikasi ini membentuk cengkerang bujur menyerupai telur ayam.

Objek tersebut hanya menyerupai telur, tetapi ia tidak mengandungi cecair putih dengan bahagian kuning seperti telur ayam.

Uniknya, objek ini tersimpan dengan selamat di bahagian pinggul sebelah kiri, bukan di bahagian usus atau dubur Akmal.Setakat perkembangan awal, Doktor Adriana tidak merancang melakukan pembedahan, sebaliknya hanya berikhtiar menangani untuk mengurangkan rasa nyeri Akmal.

Kali pertama Akmal bertelur ialah pada Ahad, 7 Jun sekitar 4.30 petang di rumahnya dengan bantuan bidan selepas mengerang kesakitan di bahagian dubur.

”Kerana khuatir terjadi sesuatu, kami terus ke hospital,” kata Ruslim, 48, ayah Si Akmal. Ketika itu Akmal sudah mengeluarkan empat biji telur.

Sebelum ini pada April 2015, Dailymail pernah menyiar kisah lelaki berusia 62 tahun yang mengeluh kerap buang air kecil.

786a00ec-36e9-4be4-a6ac-b05b2594ea21Selepas doktor melakukan imbasan CT, mereka menemui terdapat sebutir “telur” yang menekan pundi kencingnya.

Selepas dikeluarkan melalui pembedahan, berat “telur” tersebut ialah 220 gram.

Doktor menyebut telur berkenaan sebagai “Peritoneal Loose Body” yang apabila dipotong mengandungi gumpalan protein.

Kes lain berlaku terhadap lelaki berusia 60 tahun di Korea Selatan. Ketika lelaki ini menjalani laparoscopic, doktor menemukan “telur” pada abdomennya.

Kes ini tercatat dalam jurnal kedoktoran berjudul “Giant Peritoneal Loose Body in the Pelvic Cavity” oleh Joung Teak Jang, Haeng Ji Kang, Ji Young Yoon dan Seo Gue Yoon dari Department of Surgery, Seoul Song Do Hospital, Seoul, Korea.

Sementara itu, yang mungkin membuat pembaca fobia dan rasa tertipu barangkali adalah kisah seorang datuk dari Jakarta bernama Sinin.

Sinin juga pernah mengaku boleh bertelur.

Namun, ketika doktor memeriksa telur yang didakwa keluar dari diduburnya, ternyata dakwaan itu palsu kerana ia hanyalah telur ayam biasa! – Sarawakvoice.com

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/02/21/remaja-bertelur/#jH24fbYuVK50X8Z0.99