“Hanya Extend Masjid, Tidak Meruntuhkan Masjid” – Izreen Enggan Ulas Isu Penceraian Ude Dengan Intan

 

Intan dan Izreen (gambar kecil) melalui tempoh bermadu kira-kira enam bulan.

AMPANG: Selepas enam bulan hidup bermadu dengan pelakon Izreen Azminda, keadaan rumah tangga Intan Liana Saleh dan suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude sukar diselamatkan lagi.

Kedua-dua pasangan itu hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Rabu bagi urusan lafaz cerai selepas Ude, 30, memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan yang dibuat pada 30 November 2017.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam mewakili Ude iaitu Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain yang memohon penangguhan lafaz cerai itu bagi tujuan untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas penceraian.

Hakim Syarie, Shaiful Aziz Jamaludin menetapkan 22 Mac depan bagi sebutan semula kes berkenaan.

Sebak juga melihat tangisan Intan ini. Sabarlah ya!

Menurut Mohd. Zaidi, antara alasan penceraian adalah tiada persefahaman antara Ude dan isteri pertamanya itu.

Intan, 33, hadir ditemani ahli keluarganya dengan berjubah dan tudung hitam kira-kira pukul 2.10 petang manakala Ude pula tiba pada pukul 2.30 petang.

Intan kelihatan menitiskan air mata.

Pemuzik bebas itu memfailkan permohonan melalui peguamnya mengikut seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

mStar Online pada 30 November tahun lalu melaporkan Intan sanggup menerima Izreen sebagai madunya.

Wanita itu mendakwa dia mengetahui suaminya telah berkahwin dengan Izreen dan reda dengan keputusan suaminya untuk berpoligami.

Kelihatan Ude bersama peguamnya Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain hadir ke mahkamah.

Menurut Izreen pula, dia merahsiakan pernikahannya dengan Ude yang berlangsung pada 8 Ogos tahun 2017 atas permintaan Ude.

Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan bercerai 2014.

Mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun hasil perkahwinan itu.

Manakala, Ude dan Intan pula telah berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata masing-masing berusia tiga tahun dan setahun.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/02/28/ude-cerai/#1viSoaiKoeIHxwoQ.99

Setelah episod kontroversi kawhin secara senyap, hari ini suami Izreen Aminda, Ude Wahid membuat keputusan untuk menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana. Pemuzik itu telah melafazkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur sebentar tadi pada jam 2.30 petang.

Bagaimanapun isteri kedua, Izreen enggan memberikan komen lanjut mengenai perpisahan suaminya itu kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan. Jelasnya lagi, beliau juga tidak pernah mencampuri urusan pasangan itu.

“Saya pasti apa saja yang keluar daripada mulut saya akan diputar-belit dan dipersalahkan di kemudian hari seperti sebelum ini apabila berita pernikahan kami didedahka. Saya tidak pernah bertanya mengenai mereka berdua”

“Saya rasa itu jalan terbaik mengelak konflik. Jadi apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah, saya juga tidak tahu puncanya. Dan saya tidak punya hak untuk ambil tahu kerana takut nanti disalah anggap dan dipersalahkan kemudian,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini Izreen dikecam hebat apabila mengahwini pemuzik itu secara senyap tanpa pengetahuan isteri pertama. Lebih mencetuskan kemarahan orang apabila rumah tangga Ude dan Inta berentakkan sejak mengahwini Izreen. (rtky/w)

“Saya Hanya Extend Sahaja Masjid Itu, Saya Tidak Meruntuhkan Masjid Itu”- Izreen Azminda

Sejak mengakui telah bernikah sebagai isteri kedua seorang pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 29; Izreen Azminda Mohd Aznam, 32, masih belum berhenti menerima cercaan Netizen yang menganggap pelakon itu sebagai soerang perampas.

Ini kerana isteri pertama Ude, Intan Liana Azman, 32, hanya mengetahui Izreen telah menjadi madunya pada 8 November, kira-kira tiga bulan selepas mereka berkahwin. Kepada Melodi TV3 yang bersiaran Ahad lepas, Izreen memberitahu dia bukan perampas kerana dia tidak meruntuhkan masjid yang dibina oleh Ude dan Intan:

Saya kahwin 8 Ogos, empat bulan yang lepas.

Saya bukan perampas, kalau saya perampas, dia bukan suami tidak lagi bersama Intan, kita berkongsi sekarang ini. Saya hanya extend sahaja masjid itu, saya tidak meruntuhkan masjid itu.

Saya faham mana-mana perempuan tidak mahu jadi yang nombor dua, nombor tiga, nombor empat.

Kalau saya ada pilihan, tiada ketetapan dari awal, saya tak mungkin akan pilih jalan ini.

Saya agak terkilan dengan tomahan yang dilemparkan kepada saya.

Saya tahu saya di tempat kedua, dan saya akan meletakkan diri saya sebawah-bawahnya. Saya bersyukur dia dah terima saya, rela bermadu dengan saya. hopefuly kita buat yang terbaik buat suami kita, ya Intan?

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Ada yang mendoakan agar Ude berkahwin dengan isteri ketiga dan keempat supaya Izreen memahami perasaan Intan, namun begitu, Izreen berkata dia reda jika Ude berbuat demikian kerana ia adalah takdir.

Izreen juga memberitahu dia ada membantu keluarga besarnya, tambahan pula Intan tidak bekerja dan Izreen hanya membantu apa yang perlu sahaja.

Izreen juga dalam temubual itu memohon maaf terhadap Intan sekiranya ada silap dan salah.berharap mereka berdua dapat buat yang terbaik untuk suami, keluarga dan masa depan mereka.-beautifulnara.com