“Ha, tu anak-anak babi keluar dah”…”Pelacur cari pelanggan petang-petang” – Lelaki Ini Cerita Kisah Di Sebalik Video Satu Keluarga Menyerang Jirannya.


Baru-baru ini kita dihebohkan dengan satu video yang memaparkan pergaduhan mulut di sebuah kejiranan. Video yang dipercayai berlaku di sebuah daerah di Terengganu itu telah menjadi buah mulut netizen yang mengecam tindakan sebuah keluarga yang ‘menyerang’ jirannya.

Kemarahan netizen itu juga adalah kerana gelagat yang ditunjukkan oleh keluarga yang menyerang itu yang mengundang kecaman dari perlakuan anak-anak mereka yang berjoget ala-ala ‘Raver’ sehinggalah tindakan seorang wanita yang membawa senjata merbahaya dan ingin menyerang perakam.

Beberapa hari lepas seorang pengguna facebook yang bernama Sayuti Azmi telah memuatnaik status berkaitan perkara tersebut. Menurutnya perkara tersebut berlaku adalah kerana sikap perakan dan ibunya yang mengundang kemarahan keluarga penyerang itu.

Kredit Screenshot : Sayuti Azmi facebook

Mari kita baca perkongsian beliau seperti di bawah…

Aku baru tahu kisah sebenar di sebalik kes video viral pasal mak yang keluar dengan parang dekat Paka daripada home manager aku. Dia jiran sebelah rumah je dengan keluarga tu. Yang lelaki dalam video tu, home manager aku panggil Pok Loh. Yang bawak parang tu, bini dia.

Orang yang tak tahu hal sebenar ada yang kecam bini Pok Loh. Walhal, kalau aku dalam situasi tu entah-entah dah terbang parang tu dekat kepala perakam.

Kalau tengok video ni dari mula sampai habis, nampak Pok Loh yang ada restraint. Dia tahan anak-anak dia di awal video, dan bini dia yang berparang dekat hujung video.

Kredit Screenshot : Sayuti Azmi facebook

Menurut home manager aku, punca insiden bukannya pergaduhan budak-budak tu, tapi perangai dan provokasi perempuan yang merakam video ni dan mak dia.

Home manager aku cerita, yang merakam dan mak dia selalu mengeluarkan kata-kata tak sepatutnya kepada anak-anak gadis Pok Loh bila diorang keluar nak bermain depan rumah. Antara ayat-ayat yang home manager aku dengar keluar dari mulut perakam video dan mak dia:

“Ha, tu anak-anak babi keluar dah”
“Pelacur cari pelanggan petang-petang”

Aku dengar pun berderau darah. Kalau ada orang cakap macam tu kat anak-anak aku, kalau takde parang, penampar sampai kat muka. Bayangkan verbal abuse hampir setiap hari. Sekali dua pun rasanya tak mampu tahan sabar dan ignore.

Pada hari video ni dirakamkan, bini Pok Loh pulak tak sihat. Bila berlaku provokasi macam tu sampai bertekak budak-budak, memang lah meletup.

Keluarga perakam video tu yang bermasalah kalau ikut home manager aku. Pernah dihalau oleh jiran di Kemaman sebelum berpindah ke Paka. Tak tahulah apa masalah dia dengan Pok Loh sampai kalau ada jiran bagi kuih kat Pok Loh, boleh buat komentar “Pok Loh tu tak cukup makan ke sampai nak bagi kuih?”

Apapun, akibat viral, kejadian ni dah jadi kes polis dan kedua-dua keluarga dalam pengawasan.

Yang aku tak suka, bila pengguna media sosial yang jadi ‘hakim’ dan buat komentar mengecam satu pihak berdasarkan video beberapa minit je tanpa mengetahui hal sebenar. Dalam kes ni, keluarga Pok Loh.

Aku sekadar berkongsi cerita dari home manager. Dia pun kesian sebab keluarga Pok Loh yang kena kecam oleh netizen walhal yang bermasalah ikut pandangan dia ialah keluarga perakam video tu.

Semoga boleh membetulkan persepsi one-sided yang timbul. Sekian.

Kredit Screenshot : Sayuti Azmi facebook

Begitulah kisah yang di ceritakan oleh pengguna facebook yang bernama Sayuti Ami itu di statusnya. Tujuannya adalah supaya netizen tidak memandang sebelah pihak sahaja bila memandang video tersebut.

Apapun diharapkan kedua keluarga tersebut dapat bertolak ansur dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Bak Kata pepatah melayu ‘buang yang keruh ambil yang jernih.’

Apa Pendapat anda?

Silakan Share dan Semoga Bermanfaat

Sumber : Sayuti Azmi Facebook Post