(Foto) Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun maut manakala dua rakan cedera akibat terkena bilah mesin rumput

Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun maut manakala dua rakan cedera akibat terkena bilah mesin rumput di sebuah sekolah di Gemas, Negeri Sembilan, jam 10 pagi tadi.

PELAJAR perempuan maut manakala dua rakannya cedera akibat terkena bilah traktor mesin rumput di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abd Rahman, Gemas, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Abd Razak berkata, dalam kejadian 10.30 pagi itu, Nur Afini Roslan, 14, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kepalanya terpotong dua dipercayai selepas terkena bilah berkenaan.

Beliau berkata, dua pelajar cedera ringan adalah Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut bagaimana kejadian itu berlaku. Namun, difahamkan ketiga-tiga pelajar itu berada berhampiran traktor berkenaan yang sedang memotong rumput di padang sekolah berkenaan sebelum kejadian itu berlaku.

“Pihak polis menerima panggilan kecemasan sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi dengan segera. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat manakala pelajar yang cedera dibawa ke Klinik Kesihatan Gemas untuk rawatan,” katanya.

Antara komen-komen dari netizen

Kenapa nak potong rumput waktu pelajar buat aktiviti.. kan masa lain pon ada.. malam pon boleh potong rumput…
Takziah pada keluarga mangsa.. semoga allah tempatkan adik ini di sampaing orang2 yg berikan…amin

Sianya…xda aspek keselematan lgsung…
Byangkan mak dia anta ank sihat walfiat..dpt call dri sek kata ank da xda..xdpt nak byangkan perasaan ibu dia…Moga Allah lindungi Anak2 saya walau dimana mereka berada..Aminnn
Takziah..Al fatihah
hal camni melibatkan kontaktor, ia bukan melibatkan pengurusan skolah, coz tender pembersihan bukan pihak skolah yg pilih…waktu kerja mereka pun bukan pihak skolah suka2 nak tetapkan…and gaji mereka pun bukan skolah yg bayar…pihak skolah hanya mampu tegur n bg amaran jer…if pihak kontaktor enggan ikut arahan tu dibidang kuasa pihak skolah utk halang mereka…coz pekerja pembersihan ni just follow tokey mereka jer…hal camni kena rujuk pihak jabatan pendidikan…kita boleh nak salahkan pihak skolah tersebut…

alfatihah n takziah buat ahli keluarga mangsa