(Foto) Anak Melayu Diantara 10 Manusia Bertuah Memiliki Mata Tercantik di Dunia.. Dasyattt,Siapa Lah Anak Melayu Yang Bertuah Tu…

Seluruh anggota tubuh badan kita adalah nikmat dan kurniaan dari Allah swt. Segala yang kita punya hanyalah pinjaman semata-mata. Ada orang yang dilahirkan dengan kecantikan yang susah untuk ditandingi. Ada yang dilahirkan tak cukup sifat,semuanya atas kehendak dan izin Allah.

Tapi 10 manusia ini bertuah kerana dilahirkan dengan sepasang mata yang pastinya buat kita terpegun melihat kebesaran Allah. Tak perlu pakai contact lens pun!
Adik Afgan
Sepasang anak mata yang berwarna hijau ini adalah milik kepada seorang kanak-kanak yang berasal daripada Afganistan.


Sharbat Gula
Gambar yang pernah mencetuskan fenomena apabila gambar gadis ini telah dijadikan sebagai penghias muka depan majalah National Geographic pada tahun 1985.


Jane Doe
Meskipun terkenal di seluruh dunia, namun identiti kepada pemilik sepasang anak mata yang cantik ini gagal untuk dikenalpasti.

 
Anak Pakistan
Kanak-kanak yang baru berusia enam tahun ini berasal yang berasal daripada Pakistan dikatakan cukup bertuah kerana meskipun dilahirkan di dalam keluarga yang miskin, beliau telah diberikan kelebihan untuk memiliki sepasang anak mata yang menawan.


Anak Benggali
Di tempat kelahirannya, kanak-kanak perempuan ini cukup popular kerana memiliki sepasang anak mata yang berwarna hijau. Tidak cukup dengan itu, bulu matanya yang panjang dan melentik itu turut membuatkan ramai orang tertawan.


Anak India
Pemilik kepada sepasang anak mata yang berwarna turquoise ini berasal daripada India pernah mencetuskan fenomena apabila gambar beliau menjadi tular di internet pada suatu ketika dahulu.


Si comot yang cantik
Gambar kanak-kanak perempuan yang baru berusia 2 tahun ini pernah menjadi tular suatu ketika dahulu. Meskipun kelihatan comot dan tidak terurus seperti kanak-kanak sebayanya yang lain, namun, kecantikan anak mata yang dimiliknya membuatkan ramai yang tertawan.


Awang hitam
Berbeza dengan anak-anak orang hitam yang lain, kanak-kanak lelaki ini memiliki anak mata yang berwarna kebiruan seperti warna anak mata milik kanak-kanak orang putih.


Anak Melayu
Gara-gara memiliki sepasang mata berwarna biru, seorang kanak-kanak lelaki melayu mencuri perhatian umum sehingga mendapat ancaman daripada kawan-kawannya.

Kamarul Hisham Mustaffa, 9, mengakui ramai orang tersalah anggap dirinya memakai kanta lekap hingga ada yang mahu mencungkil matanya.

“Syukur saya dianugerahkan keistimewaan ini.

“Tetapi ada kawan yang mahu korek mata saya sebab mereka sangka saya memakai kanta lekap.

“Malah mereka panggil saya dengan nama mata guli,” katanya.

Kamarul yang masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Mempagar, Beufort, Sabah, itu merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.

Keunikan itu diwarisi daripada ibunya, Rosdah Abdullah, 47, yang berdarah kacukan Melayu, Brunei dan Pakistan.

Ibunya bagaimanapun memiliki warna mata biru pada sebelah kanan dan hitam di bahagian kiri.

“Selain ibu, kakak sulung saya (Nurul Syafiqa, 17) juga memiliki warna mata sama manakala ayah (Mustaffa Kamal, 48) dan abang mempunyai mata warna hitam,” tambahnya.

Ada Kawan Mahu Korek Mata Saya - Budak Beufort Mata Biru

sumber: taikotai / kosmo via Bibirbergetar