Dakwaan Ke Makkah Bersama, Usahawan Ini Mula Dikaitkan Dengan Elfira

 

Kelihatan Elfira (berbaju hijau), kakaknya Ezlisa dan Asyraff. Apakah hubungan sebenar pemuda itu dengan Elfira?. Foto Instagram: @asyraffmazlan

KISAH terputusnya ikatan pertunangan antara pelakon Elfira Loy dan Sufian Suhaimi terus menjadi perbualan hangat netizen lalu ada yang mengaitkan aktres berkenaan sudah ada pengganti.

Justeru, foto yang dimuat naik oleh seorang lelaki iaitu Asyraff Mazlan di Instagram menyebabkan timbul persoalan netizen adakah pemuda itu cinta hati baharu Elfira?

Menerusi foto tersebut kelihatan Elfira, kakaknya iaitu Azlisa bersama Asyraff. Ia dirakamkan semasa mereka meraikan ulang tahun kelahiran Asyraff di sebuah restoran baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jatuh Jugalah Air Mata Jantan Saya” – Sufian Suhaimi

Rata-rata pengikut membuat andaian bahawa Asyraff yang juga seorang usahawan muda ialah kekasih baharu pelakon drama Separuh Jiwaku ini.

 

Elfira dan kakak meraikan sambutan hari jadi lelaki tersebut.

Foto tersebut turut dibanjiri dengan komen netizen yang ingin mendapatkan kepastian mengenai status hubungan mereka.

Lebih menguatkan spekulasi apabila lelaki itu juga pernah memuat naik foto bersama-sama seorang wanita berpakian purdah dan ia dipercayai Elfira Loy ketika mengerjakan ibadah umrah di Makkah awal bulan lalu.

“Tak apa, doa yang baik-baik sahaja. Setiap orang berhak mencari yang terbaik untuk diri sendiri.

 

Asyraff memuat naik foto bersama seorang wanita dipercaya Elfira ketika di Makkah.

“Okay la tu. Tak apa, janganlah kita sibukkan lagi tentang mereka ini. Kita jagalah diri kita apa yang patut.

“Tolong jangan buat spekulasi. Hormatilah perasaan mereka yang baru putus tunang. Kita doakan yang baik-baik sahaja,” komen netizen.

Sebelum ini, timbul pelbagai dakwaan dan spekulasi punca terlerainya ikatan pertunangan Elfira dan Sufian Suhaimi.

 

Paparan skrin Instastory yang ditinggalkan netizen di laman Facebook Kisah Dunia.

Bagaimanapun, Elfira dan Sufian meminta semua pihak tidak membuat sebarang andaian dan memaklumkan hanya keluarga sahaja yang mengetahui punca mereka menamatkan pertunangan.

Pada 17 Februari lalu, ibu Elfira iaitu Filzah Yusoff, 52, mengesahkan ikatan pertunangan di antara anak perempuannya dengan Sufian sudah berakhir dan pihak perempuan sudah memulangkan cincin pertunangan di rumah keluarga Sufian di Muar, Johor, esoknya.

Pertemuan antara keluarga kedua-dua pihak dilaporkan berlangsung dengan baik dan pihak keluarga enggan memanjangkan hal berkenaan.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac ini.

Dalam pada itu usaha mStar Online mendapatkan penjelasan daripada Elfira dan Asyraff gagal apabila mereka tidak menjawab panggilan telefon dibuat.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/02/27/elfira-asyraff/#KAWmhxw1dSjvfZPc.99