“Bayi lelaki atau bayi perempuan?”- Keliru dengan jantina bayi Nora Danish, netizen bergaduh sesama sendiri

Pelakon jelita Nora Danish dan suaminya, Nedim nampaknya tidak mengambil masa yang lama untuk berkongsi foto anak lelaki mereka yang baru dilahirkan tadi.

Diberi gelaran ‘Ney Ney’ pasti ramai yang tak sabar untuk melihat wajah comel anak Nora Danish ini kan? Berikut beberapa gambar ‘Ney Ney’. Putera Nora Danish ini diberi nama Mohamed Neqayl Nedim.
Ala comey comey!


Mohamed Neqayl Nedim


“Bayi lelaki atau bayi perempuan?”- Keliru dengan jantina bayi Nora Danish, netizen bergaduh sesama sendiri
Hari ini, peminat Nora Danish telah digembira dengan berita kelahiran cahaya mata baru pelakon kegemaran mereka pada jam 9.02 minit pagi tadi. Nora Danish yang kini berada dalam  keadaan stabil dan dirawat di Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur.

Sejak awal pagi tadi, ramai peminat Nora Danish yang berbalah sesama mereka sendiri mengenai jantina bayi pelakon jelita itu. Kekeliruan ini berpunca daripada percanggahan laporan di antara Astro Gempak dengan Berita Harian.

Menurut Astro Gempak, Nora Danish telah melahirkan seorang bayi perempuan, manakala Berita Harian melaporkan jantina bayi itu adalah lelaki.
Kekeliruan jantina
Netizen yang resah degan status jantina anak pasangan Nora Danish dan Nedim telah menggesa pihak media supaya mengesahkan laporan mereka serta-merta bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

Advertisement


Jantina bayi khunsa
Terdapat juga beberapa orang netizen yang meninggalkan komen yang tidak bertanggungjawab dengan mengatakan jantina bayi kelahiran pasangan ini bukanlah perempuan ataupun lelaki, sebaliknya khunsa.

Jantina bayinya itu masih lagi menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen. Apa-apa pun tahniah buat Nora dan Nedim kerana telah dikurniakan cahaya mata yang sangat comel.

Sumber :  Nora Danish, boss_ned