Bangunan KWSP Jalan Gasing terbakar..Keadaan Mangsa yang berada di dalam bagunan tersebut belom dapat dipastikan

Bangunan KWSP Jalan Gasing terbakar
Satu kebakaran dilaporkan berlaku di bangunan KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya tengah hari tadi. – Foto ihsan pembaca Astro AWANI

PETALING JAYA: Satu kebakaran dilaporkan berlaku di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Jalan Gasing di sini.

Setakat jam 12.20 tengahari, punca dan impak masih belum dikenal pasti.

Astro AWANI akan mendapatkan perkembangan terkini dari lokasi kejadian.Buat masa ini, pengguna jalan raya sedang berkongsi foto serta video kejadian di media sosial.

Laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat setakat ini, 40 peratus bangunan terjejas dalam kebakaran bangunan KWSP setinggi enam tingkat tersebut.

Setakat ini, tidak dapat dikenal pasti sama ada terdapat kemalangan jiwa dilaporkan.

Sejumlah 39 anggota penyelamat dari  beberapa buah Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Petaling Jaya, Hang Tuah dan Pelabuhan Klang telah digerakkan ke lokasi kejadian pada 11.58 pagi sejurus selepas pihak bomba mendapat panggilan tentang insiden tersebut lima minit sebelum itu.

KWSP
Imej yang dikongsi oleh pembaca Astro AWANI. – Foto Astro AWANI, Grace Yeo