Bahaya! Elakkan makan mi segera dengan air ini kerana risikonya sangat tinggi sehingga boleh mengancam nyawa anda!

Bahaya! Elakkan makan mi segera dengan air ini kerana risikonya sangat tinggi sehingga boleh mengancam nyawa anda!

Ramai yang tahu akan keburukan mi segera jika dimakan dengan begitu kerap. Namun begitu, oleh kerana ianya mudah disediakan, cepat dan sedap ramai yang tidak memperdulikan nasihat pakar mengenai keburukan mi segera.

Sebenarnya tidak salah untuk makan mi segera tetapi perlulah dikawal dan apa yang paling penting anda tahu tentang ‘pantang larang’ ketika makan mi segera.

Makan mi segera pun ada pantang larangnya?

Kejadian ini dialami oleh seorang lelaki berusia 25 tahun dari Hangzhou, China yang mengadu sakit perut yang sangat perit. Selepas menanggung kesakitan Xiao Chao akhirnya bergegas ke bilik kecemasan sebuah hospital tempatan.

Dia mengadu bahawa perutnya sangat sakit dan dia berasa sesak. Tidak hanya itu dia juga mengalami sakit pada bahu, pinggang dan belakang badannya.

Sebelum itu dia ada menemui seorang doktor di sebuah klinik kerana kesakitan itu tetapi menurut doktor dia berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Selepas pulang sahaja ke rumah perutnya bertambah lebih sakit.

Memandangkan sakit tersebut bertambah Chao terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Ketika doktor melakukan pemeriksaan sinar-X, perut lelaki itu kelihatan kembung akibat kumpulan gas.

Dokter segera meletakkan tiub ke dalam perut lelaki itu untuk mengeluarkan gas yang ada di dalamnya. Dari dalam perutnya doktor mendapati ada cecair likat seperti gel dan sisa makanan. Selepas lebih daripada satu jam menjalani rawatan, kesakitannya mulai beransur-ansur reda. Kadar denyutan dan tekanan darahnya juga mulai kembali normal.

Doktor akhirnya tahu apa yang berlaku kepada lelaki itu sebenarnya…

Menurut Cho sebelum masuk tidur dia sering makan mi segera dan kentang serta minum minuman bergas serta beberapa makanan ringan yang lain. Perutnya kemudian kembung dan mula sakit-sakit menyebabkan dia tidak boleh tidur.

Pagi keesokannya kesakitan pada perutnya semakin teruk. Pada awalnya dia menyangka dia keracunan makanan tetapi doktor memberitahu bahawa kesakitan tersebut berpunca daripada tindak balas makanan yang dimakan.

Doktor mengatakan bahawa mi segera yang dicampur dengan minuman bergas akan menghasilkan karbon dioksida. Jadi ketika kita tidur, perut menghadam makanan dengar kadar yang lebih perlahan dan apabila ditambah dengan karbon dioksida yang banyak perut akan menjadi kembung dan sakit.

Bagi yang tidak percaya anda boleh lakukan eksperimen sendiri di rumah. Caranya mudah, letakkan sebungkus mi segera ke dalam beg plastik kemudian tuangkan minuman bergas dan tutup plastik tersebut.

Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di atas, plastik mi segera itu sudah mulai mengembung menjadi lebih besar!

Kita boleh lihat sendiri, inilah tindak balas pada perut yang boleh berlaku, ianya kelihatan seolah-olah hampir meletup.

Menurut doktor, gelatin yang ada dalam mi segera jika ditambah dengan minuman berkarbonat seperti sprite dan cola akan menyebabkan terhasilnya sejumlah besar gas karbon dioksida.

Jadi, berhati-hatilah ketika makan mi segera kerana jika tersilap langkah ia akan boleh mengancam nyawa anda!

Era Baru