Badan rider putus dua tapi masih hidup (5 Gambar)

SEORANG penunggang motosikal berkuasa tinggi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Wilayah Chonburi, Thailand.

Dalam kejadian itu, mangsa yang menaiki motosikal jenis Honda Repsol terbabas lalu merempuh penghadang jalan menyebabkan badannya putus dua.

Apa yang mengejutkan mangsa masih hidup dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Mangsa dari Kumpulan Mee Hay SBK Thailand dikatakan menyertai satu konvoi untuk ke Pattaya.