Azmil Mustapha Meninggal Dunia- ‘Ali Setan’ Kini Dalam Kenangan

PETALING JAYA: Pelakon filem Ali Setan yang popular tahun 1980-an iaitu Azmil Mustapha meninggal dunia kira-kira pukul 1 tengah hari pada Rabu.

Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Seksyen 9, Shah Alam dekat sini pada usia 65 tahun.

Pada November tahun lalu Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana kesukaran bernafas

Selain Ali Setan, filem lain yang turut mengangkat nama beliau ialah Mekanik.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alam (Masjid Biru) untuk urusan serta solat jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam dekat sini pada Rabu untuk dikebumikan.

Kami memohon maaf bagi pihak Allahyarham atas segala kekhilafan, dan mohon doakan kesejahteraan Allahyarham. Mohon hubungi kami sekiranya ada sebarang kesulitan,” katanya ringkas.

Pada November tahun lalu Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana kesukaran bernafas

Selain Ali Setan, filem lain yang turut mengangkat nama beliau ialah Mekanik.

Allahyarham pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki empat orang anak hasil perkahwinan itu.

AKUR DIGELAR ALI SETAN

Meskipun filem Ali Setan sudah mencecah usia 32 tahun selepas kali pertama ditayangkan pada Februari 1985, pelakon utamanya Azmil Mustapha tidak dapat lari daripada terus dipanggil Ali Setan.

Azmil yang kini sudah bergelar penceramah bebas akur yang panggilan nama watak tersebut sedikit sebanyak membawa kebaikan kepada dirinya terutama ketika

berhadapan dengan orang ramai dan urusan pekerjaan.

Malah kata Azmil, 64, dia langsung tidak kisah sekiranya terus dipanggil dengan nama Ali Setan, sementelah filem tersebut yang melonjakkan namanya satu ketika dulu sehingga masih dikenali ke hari ini.

Bahkan kata Azmil yang kini dipanggil Ustaz, kerana nama Ali Setan, kerja-kerja dakwahnya lebih mudah, mesra dan mendapat sambutan ramai.

Tak kisahlah kalau ada yang panggil saya Ali Setan pun. Orang kenal kita dengan watak tersebut, jadi terima sahajalah.

“Kerana nama inilah juga, saya teringat satu peristiwa yang menarik satu waktu dulu. Ketika itu saya dipanggil berdakwah di satu daerah di Terengganu. Penganjur memasang gegantung besar di sebuah masjid dengan nama Ustaz Ali Setan. Waktu itu, ramai betul yang datang dengar ceramah saya.

Bila habis sesi tersebut, seorang imam di sana memberitahu, kenapa apabila dia menjemput ramai ustaz lain berceramah, tidak ramai yang datang.

Jadi saya kata, nama Ali Setan itu bawa tuah sendiri sebab ramai yang datang nak dengar ‘setan’ beri ceramah,” kata Azmil berseloroh menceritakan kisah lama.

Justeru, tiada masalah baginya untuk terus dipanggil Ali Setan kerana akhirnya membawa banyak kebaikan untuk dirinya sendiri.

Malah Azmil yang juga memegang watak sebagai Taufik dalam filem Suara Kekasih tidak punya sebarang syarat atas setiap hasil karya dan lakonannya sekiranya dia sudah tiada lagi di dunia ini.

Saya tidak akan melarang karya-karya atau lakonan saya untuk tak ditayangkan lagi sekiranya saya sudah tiada di dunia ini. Tidak ada hak untuk saya minta berbuat begitu. Tidak ada masalah bagi saya untuk mana-mana pihak terus mahu menyiarkan filem atau memainkan lagu-lagu saya.

Malah kerana penciptaan lagu-lagu lama saya dulu, sehingga sekarang ini saya masih menerima royalti daripadanya,” kata Azmil yang juga tidak melarang anak-anaknya untuk terlibat dalam dunia seni.

Tambah Azmil, dia tidak langsung berasa rindu untuk kembali ke dunia seni selepas menghabiskan banyak usianya dalam dunia hiburan satu ketika dahulu.

Saya sudah tidak rindu lagi dengan dunia seni. Apabila kita sudah rasa cinta Allah, kita tidak perlu lagi cinta lain.

“Cumanya selepas menduda 15 tahun, saya terfikir pula untuk berkahwin. Tapi calonnya masih belum ada,” kata Azmil bergurau.

semakin pulih

Kata Azmil, dia kini semakin pulih daripada masalah jantung selepas koma dan dimasukkan ke hospital pada tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya kembali sihat dan cergas untuk terus melakukan pelbagai aktiviti. Ini semua berkat daripada ramai orang yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan saya terutama ketika terlantar dalam keadaan koma.

Waktu saya koma di hospital tahun lalu, lebih 1,000 orang berada di luar wad mahu melihat saya tetapi disebabkan kondisi kesihatan yang tidak stabil ketika itu, pihak hospital hanya mengizinkan ahli keluarga terdekat sahaja yang boleh berada di sisi.

“Apa pun, saya masih menerima rawatan susulan daripada doktor cuma kekerapan itu sudah semakin kurang,” kata Azmil.

 

Biodata Azmil Mustapha

Ustaz Azmil Mustapha (lahir 1 Januari 1953 di Port DicksonNegeri Sembilan) adalah seorang pelakon lelaki Malaysia yang pernah menjadi fenomena
[1] pada lewat tahun 1980-an di Malaysia. Bermula dengan filem yang mencecah kutipan Box Office iaitu filem Mekanik (1983) yang turut dibintangi Lagenda bola sepak tanah air iaitu Dato’ Mokhtar Dahari sebagai pemain undangan. Antara filem yang turut melonjakkan nama beliau adalah Ali Setan (1985),  Ali Setan 2 (1986) dan Suara Kekasih (1986). Gandingan paling ideal pada era tersebut adalah antara beliau dan Fauziah Ahmad Daud. Selain itu antara filem-filem yang turut mendapat sambutan adalah seperti Driving School (1990), Iman Alone (1998) dan Fifty Cent (1991).

Azmil merupakan bekas mahasiswa dari Universiti Indianna, Bloomington, Amerika Syarikat (AS). Menuntut selama lima tahun di Universiti Indiana dengan membawa pulang segulung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Filem, Radio dan Televisyen ketika kembali ke Malaysia pada tahun 1979. Sekembalinya dari Amerika Syarikat (AS), nasib tidak menyebelahinya apabila negara dilanda kegawatan ekonomi. Azmil menyertai syarikat produksi, Showmaster yang diasaskan oleh tauke panggung, Ali Bakar. Dua tahun, Azmil menimba pengalaman di syarikat itu, selama dua tahun sebelum dia membuat keputusan untuk aktif sebagai pelakon secara sepenuh masa