Anjing ini tiba-tiba bertindak aneh namun rupa-rupanya tindakannya itu telah menyelamatkan nyawa penduduk kampung

Anjing ini tiba-tiba bertindak aneh namun rupa-rupanya tindakannya itu telah menyelamatkan nyawa penduduk kampung

Memang benar haiwan mempunyai deria bau dan gerak hati yang luar biasa untuk mencari makanannya dan mengesan keadaan yang berbahaya.

Seperti anjing ini juga, ia telah membuktikan bahawa mereka adalah makhluk yang mempunyai kebolehan tersebut.

Pada mulanya anjing ini bertindak aneh namun rupa-rupanya tindakannya itu telah menyelamatkan nyawa penduduk kampung.

Kredit: MARCO LONGARI Staff

Pada musim bunga yang lalu, di sebuah kampung yang terletak di Belbelo, Nigeria, sepasang suami isteri sedang diraikan oleh keluarga dan rakan-rakan dalam satu majlis perkahwinan yang gilang-gemilang.

Tiba-tiba seekor anjing milik salah seorang tetamu mula bertindak aneh. Anjing itu mendekati seorang gadis remaja yang kelihatan asing dan mula mencari-cari sesuatu yang disembunyikan oleh gadis itu di bawah pakaiannya.

Menurut Telegraph, jurucakap polis Victor Isuku menyatakan, “Ini memaksa gadis tersebut meletupkan bahan peledaknya ketika bergelut untuk melepaskan dirinya daripada dicakar dan dibaham anjing tersebut.”

Kredit: Anadolu Agency / Kontributor

“Anjing itu menghentikan pengebom bunuh diri remaja itu daripada meletupkan alat peledak terbabit dengan alat peledak di majlis perkahwinan yang dihadiri oleh orang ramai,” kata jurucakap polis, Victor Isuku.

Setelah disiasat, rupa-rupanya gadis itu dipercayai daripada Boko Haram iaitu sebuah kumpulan pengganas Islam yang tiba-tiba muncul dan mula berjalan ke arah tetamu.

Dia merancang untuk meletupkan pakaiannya ketika dia sampai di tengah-tengah orang ramai. Namun, kerana tindakan pantas anjing itu, bom itu meletup jauh dari tempat para tetamu meraikan majlis perkahwinan tersebut.

Menurut laporan daripada MailOnline, Boko Haram telah dipindahkan dari kebanyakan bandar dan kampung yang mengakibatkan mereka menyerang  dengan kaedah “sasaran yang lembut” iaitu melalui pengebom berani mati.

Anjing dan wanita kedua-duanya terbunuh dalam letupan itu manakala orang lain semuanya terselamat.

Hari itu bukan sahaja meraikan pengantin malah menjadi hari yang penuh kesyukuran selepas terselamat daripada menjadi mangsa letupan. Semua orang sangat kagum dengan anjing yang berani dan setia itu. Pada pandangan orang kampung tersebut, anjing itu tidak mati sia-sia, tetapi mati sebagai pahlawan.

Kredit: FLORIAN PLAUCHEUR Staff

Apabila berita pengorbanan terakhir anjing ini menjadi tular, netizen memuji tindakan anjing tersebut.

Seorang netizen menulis, “Sungguh bernilai pengorbanan itu. Semoga tenang di sana dan tabik hormat untuk anjing itu.”

Seorang netizen lain menulis, “Perkara yang indah mengenai anjing adalah walaupun ia tahu ia akan mati namun ia tetap akan melakukannya juga.”

Anjing itu telah mengorbankan dirinya demi menyelamatkan orang kampung. Seekor anjing yang luar biasa!

Pihak polis tidak mengetahui identiti anjing itu namun sifat kepahlawanannya pasti akan menjadi sebutan dan bualan dalam kalangan kanak-kanak kampung dan anak-anak mereka untuk masa yang lama.

Sumber: NTD

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru