Anak Kecil Ini Merenung Wajah Ibunya Seperti Tahu Ajalnya Telah Dekat. Ibu Dan Anak menggelupur sambil menahan sakit sebelum ajal!!.

Anak Kecil Ini Merenung Wajah Ibunya Seperti Tahu Ajalnya Telah Dekat. Ibu Dan Anak menggelupur sambil menahan sakit sebelum ajal!! |

4 beranak yang meneguk racun bersungguh menatap wajah ibunya sebelum ajal. Seorang ibu bernama Evi Suliastin 26 berada dalam keadaan tenat manakala 3 anaknya meninggal dunia di tempat kejadian setelah dipercayai meneguk racun serangga di Jombang, Jawa Timur.

3 kanak-kanak yang malang berkenaan dikenali sebagai Syahid Mohd Syaiful Alfaqih 6 tahun,Umi Ayu Qurani 4 tahun dan Umi Fuziah berusia 4 bulan.

Kesemua mangsa telah ditemui kira-kira jam 11:00 semalam selepas salah seorang daripada jiran tetangga berasa curiga dengan keadaan rumah yang sunyi.

Menurut saksi Hadi Sholeh 15,dia telah disuruh oleh ibu beranak tiga berkenan untuk membeli nasi, selepas membeli nasi dia masuk kerumah jirannya itu semula dan mendapati rumah itu dalam keadaan sunyi.

Namun Sholeh mendengar suara batuk dari dapur rumah itu.Saksi kemudian mendapati sumber suara dan menemukan 3 beradik itu sudah tidak sedarkan diri,Manakala ibu mereka menggelupur akibat menahan sakit.

Saksi kemudian meminta pertolongan orang awam,sebelum membawa kesemua mangsa ke hospita. Namun sayang 3 beradik itu sudah pun meninggal dunia sebelum mendapat rawatan,manakala ibu mereka masih dapat diselamatkan.

Bagaimanapun pihak polis sehingga pagi ini masih dalam usaha menyiasat punca kejadian. Menurut satu sumber Evi Suliastin dilihat beberapa minggu terakhir dalam keadaan murung akibat masalah rumah tangga.

Sehari sebelum kejadian Evi sempat memuat naik gambar bersama 3 anaknya dilaman media sosial,dalam gambar itu , mangsa Umi Fuziah berusia 4 bulan bersungguh menatap wajah ibunya seolah olah bayi itu tahu bahawa umurnya tidak akan panjang lagi.