Akhirnya Raf Yaakob Tunaikan Hajat Arwah Ayah – Kisah Manis Disebalik Nama ‘Mawar’

Raf Yaakob, adik kepada Dato Fazley ini sempat berkongsi cerita buat pengikutnya di laman Instagram mengenai arwah ayah mereka iaitu Datuk Haji Yaakob.  Suami kepada Mawar Rashid ini memuat naik gambar kenangan bersama arwah ayah dengan kapsyen menceritakan detik manis perbualan ketika bersama arwah ayahnya.

Arwah sempat menyatakan hasrat untuk menamakan Cempaka atau Mawar untuk cucu perempuan. Sedihnya apabila arwah tidak berkesempatan untuk menyaksikan perkahwinan Raf bersama Mawar Rashid.  Telah genap 2 tahun Datuk Haji Yaakob meninggalkan kita semua tapi hajatnya ini masih terbuku diingatan Raf.
Cempaka atau Mawar?

Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela merupakan hasil dari perkahwinan Raf yang lalu. Kecomelan wajah kedua anak Raf ini tidak tumpah seperti muka bapanya juga. Menurut perkongsian kisah Raf, arwah pernah berborak untuk mencadangkan nama jenis ‘bunga’ untuk anak perempuan Raf, seperti Raden Seri Cempaka atau Raden Seri Mawar.

Raf juga bersetuju dengan nama Cempaka tapi diibaratkan seperti nama sekolah Sri Cempaka lah pula. Maka, sebab itu lah Raf menamakan anak perempuannya Chanela untuk tidak disamakan dengan nama sekolah.
Ini semua suratan

Akhirnya kata-kata arwah termakbul untuk memiliki ‘Mawar’ dalam keluarga bahagia mereka. Walaupun bukan nama ‘Mawar’ untuk cucu perempuan tetapi mereka memiliki ‘Mawar’ sebagai menantunya sekarang, Mawar Rashid. Dan pasti juga arwah gembira jika dapat melihat kebahagiaan anak dan menantunya hari ini.
Letak nama bunga tau

Rata-rata netizen turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga Raf dan Mawar. Tidak lupa juga kiriman doa buat arwah Datuk Haji Yaakob. Peminat juga memuji hasrat Raf untuk meletakkan nama-nama bunga ini kepada anaknya nanti. Semoga Raf dan Mawar bahagia melayari bahtera perkahwinan dan kiriman doa Al-fatihah dari kami juga buat arwah Raf Yaakob.

Credit: Instagram Rafyaakob