Ajal 4 sekeluarga .. Baby Aniq mangsa terakhir maut ikut jejak ibu datuk dan nenek (6Gambar)

Sabak Bernam : Empat sekeluarga termasuk seorang bayi berusia 6 bulan maut apabila kereta jenis perodua kancil yang dinaiki 4 sekelurga tersebut bertembung dengan sebuah lori muatan pasir di hadapan JPJ Sabak Bernam tengahari tadi.

Mangsa yang maut dikenali dengan Abd Rahim 61 tahun  isteri nya berusia 55 tahun anak perempuan pasangan ini Munira Abd Rahim,30, serta anak lelaki nya Aniq Aniqi berusia 6 bulan.

Mengikut saksi kereta tersebut dipercayai hilang kawalan masuk kelaluan lori  sebelum bertembung identiti siapa yang memandu kereta terbabit masih belum dikenal pasti.

Abd Rahim dan anak perempuan nya Munira meninggal dunia ditempat kejadian akibat tersepit dihadapan kereta yang remuk.

Manakala isteri dan anak Munira cucu pasangan ini meninggal dunia di Hospital, apa yang paling memilukan orang awam yang merupakan perkerja lebuhraya sempat mendokong bayi terbabit untuk di hantar ke Hospital.

Namun bayi terbabit yang bernama Aniq berusia 6 bulan disahkan meninggal dunia di Hospital, punca sebenar dan identiti lengkap mangsa kemalangan 4 sekeluarga ini kini disiasat oleh pihak berwajib, semoga rohnya dicucuri rahmat 4 sekelurga ini berasal dari Tanjung Karang. Al fatihah.