(7 Video) ‘Syukur Alhamdulillah’, Video Sepanjang Menanti Kelahiran Bayi Nora Danish Dan Nedim Curi Tumpuan

Bermula daripada petang semalam, Nora Danish dan suami melalui laman Instagram memuat naik perkembangan berada di hospital untuk menyambut kelahiran bayi mereka.

Melalui gambar dan video yang dikongsi, mereka nampaknya sangat teruja dan tidak sabar menunggu kehadiran Ney Ney.

Terbaru, Astro Awani melaporkan Nora Danish telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya awal pagi tadi. Selain daripada suami dan ahli keluarga, rakan baiknya Betty Rahmad turut berada di hospital dan telah berkongsi video ini. Tahniah!

Saat menunggu kelahiran

 

Selain ditemani suami, ahli keluarga serta rakan baik Nora Danish turut berada di hospital untuk memberi kata-kata semangat kepada Nora Danish. Malah, Nora Danish sendiri telah berkongsi gambar dan videonya yang sangat teruja menunggu kelahiran Ney Ney.
Nora Danish selamat melahirkan bayi lelaki!
Video 

 

Video

Menerusi Astro Awani, Nora Danish telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.98kg melalui pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Sebelum ini Nedim Nazri melalui perkongsian di Instagram menjangkakan Nora Danish akan bersalin sekitar minggu ini.
Still so beautiful

Video

Video 

Video

Pelakon, Nora Danish baru sahaja selamat melahirkan bayi lelaki tepat 9.05 pagi tadi.

Nora, 35, yang bersalin melalui pembedahan caesarean itu melahirkan bayi seberat 2.98 kilogram di hospital swasta di ibu kota.

Pengurusnya, Sharkawi Salehuddin ketika dihubungi memaklumkan keadaan Nora dan bayinya kini stabil.

“Alhamdulillah, Nora selamat bersalin pagi ini. Dia dan bayinya kini berada dalam keadaan stabil,” katanya kepada Harian Metro.

Ini adalah cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan suami, Nedim Nazri Aziz, 34, yang dikahwini pada 30 Mac 2017.

Selain itu, Nora juga memiliki cahaya mata sulung, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, lapan tahun, hasil perkahwinan pertamanya dengan bekas suami, Rizal Ashram.

Sumber – Hmetro

Sumber : Instagram Betty Rahmad & Nedim Nazri , Astro Awani