【Video】Memukau! Tarian yang sungguh mengasyikkan ini dijayakan oleh 63 orang yang pekak

Tidak dinafikan tarian moden kini seringkali menjadi kegilaan ramai. Sebut sahaja tarian moden yang mana satu, pasti ada di antara kita yang mahir melakukannya. Tetapi kami menjamin bahawa anda tidak pernah melihat apa-apa yang lebih memukau daripada persembahan ini. Percayalah!

Kredit: You Tube | Wanderer0816

Pertunjukan ini menggambarkan dewi buddha dan kisah legendanya yang dikatakan mempunyai 1000 tangan dan 1000 mata. Tarian ini memerlukan pergerakan yang seragam dan sempurna sehingga tiada seorang penari pun yang boleh melakukan kesilapan.

Kredit: You Tube | Wanderer0816

Tetapi apa yang membuatkan persembahan ini luar biasa ialah kesemua 63 orang penari itu sebenarnya pekak! Mungkin jauh di sudut hati anda tertanya-tanya bagaimana mereka mampu melakukan persembahan sehebat ini bukan?

Sebenarnya mereka bergantung kepada 6 orang pengarah yang berdiri di sekitar mereka yang memberikan isyarat visual.

Tarian ini sungguh mengasyikkan dan anda tidak dapat mengalihkan mata anda walapun sesaat.

Tonton video tarian tersebut dan percayalah anda pasti akan terpegun melihat gerak tari mereka!

Sumber: Happiest

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru