“Tahniah Tengku Natasha!”- Nadiyah Shahab Umum Sudah Bertunang

Pelakon drama ‘Lafazkan Kalimah Cintamu’ yang memegang watak Tengku Natasha, Nadiyah Shahab mengumumkan sudah bertunang.

Nadiyah berkongsi berita gembira itu menerusi foto terbaru di akaun Instagram (IG)nya semalam.

“Salah satu momen paling bermakna dalam hidup saya dan InshaAllah, ini adalah keputusan terbaik yang pernah saya lakukan. Hai semua, saya dah bertunang,” tulisnya.

Selain peminat, pelakon Uqasha Senrose dan dan Alif Satar turut mengucapkan tahniah di atas pertunangannya.

Malah kakak kepada Nelydia Senrose itu juga memuji kecantikan Nadiyah dan menyatakan aktres itu kelihatan seperti patung Barbie.

“Kenapa terbeliak macam tu B your eyes heheh. So cute. Congrats Barbie! Love you,” -@uqashasenrose2

“Ni baru real life Barbie! Congratulation dear @nadiyah.shahab,” -@nashajamal

Selain Nadiyah, drama karya Siti Rosmizah arahan oleh Along Kamaludin terbitan SR One Sdn Bhd itu, menampilkan Farid Kamil, Nelydia Senrose, Azri Iskandar, Liza Abdullah dan ramai lagi.

Saksikan Lafazkan Kalimah Cintamu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Foto: Instagram @nadiyah.shahab

Teks oleh: Mya Amri/gempak /himpunan-media