Spekulasi rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya terjawab!

Spekulasi rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya terjawab!

 

Desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pasangan selebriti popular ini mula tersebar apabila masing-masing memilih untuk menyambut Aidilfitri secara berasingan, baru-baru ini.

Farid meraikannya di Alor Setar, Kedah bersama Muhammad dan anak bongsu mereka, Nur Aurora, 2, manakala Diana di Kuala Lumpur bersama ibu dan adiknya.

Diana ketika ditemui di majlis itu berkata, dia terpaksa berada di Kuala Lumpur untuk menjaga ibunya yang dijangkiti denggi.

“Memandangkan keadaannya begitu lemah, ibu memerlukan penjagaan rapi,” katanya.

Diana berkata, keadaan itu menyebabkan dia tidak dapat mengikut Farid dan dua anak mereka pulang ke kampung halaman Farid di Alor Setar kerana perlu menemani ibunya di Kuala Lumpur.

“Ia bukan seperti didakwa pihak terbabit. Tiada apa-apa masalah di antara saya dengan Farid. Saya cuma menjalankan tanggung jawab saya sebagai anak. Itu saja.

“Aidilfitri tidak bermakna jika ibu saya tidak sihat dan sekiranya tiada orang yang menjaganya. Anak-anak gembira di Kedah kerana mereka ada ramai sanak-saudara di sana dan Farid juga bersama mereka,” katanya.

Diana berkata, dia tidak mahu melayan sebarang spekulasi yang ditimbulkan segelintir netizen.

“Jika saya terus memberi maklum balas terhadap isu yang tidak berasas, saya semakin membuka ruang sebagai sasaran mudah mereka.

“Saya enggan menjadi sasaran mereka dan mangsa buli netizen. Lebih banyak perkara berfaedah yang perlu diberi tumpuan selain dapat membawa kebaikan,” katanya.

Diana berkata, netizen yang tidak bertanggungjawab adalah orang terakhir dalam senarai penting hidupnya sekeluarga.


Sumber: Harian Metro
Diana Danielle kini tidak kongsi hal rumah tangga
Spekulasi rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya terjawab!

PETALING JAYA, 9 Mac ― Pelakon Diana Danielle kini tidak selesa berkongsi kisah rumah tangga selepas kisah perkahwinannnya mendapat perhatian hujung tahun lalu.

Diana, 25, berkata hal rumah tangganya bersama pelakon Farid Kamil sangat peribadi dan tidak perlu mendapat perhatian peminat.

“Minta maaf. Saya tidak komen hal peribadi sekarang.

“Itu bukan masalah mereka [peminat]. Mereka tidak perlu tahu,” katanya ketika ditemui ProjekMMO baru-baru ini.

Pelakon filem Hanyut hujung tahun lalu mengesahkan hadir ke mahkamah syariah, namun tidak menceritakan butiran terperinci.

Katanya, lumrah dalam perkahwinan pasangan dilanda ujian dan mereka juga tidak terkecuali menerima tempias itu.

“Perkara itu memang benar, tetapi untuk apa, ia terlalu peribadi untuk dinyatakan.

“Usia perkahwinan kami masih terlalu muda. Empat tahun berkahwin belum cukup untuk saya dan suami mengenali satu sama lain secara mendalam.

“Kadang kala, perselisihan yang berlaku menyebabkan saya terlebih emosi,” kata Diana seperti dilaporkan Berita Harian.

Spekulasi rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya terjawab!Diana Danielle menyatakan rumah tangganya dengan Farid Kamil dapat diselamatkan dan mereka ‘bersatu kembali.’ ― Foto oleh Hasbullah Awang ChikBercakap kepada ProjekMMO, Diana berkata perkahwinan adalah satu ujian yang harus ditempuh setiap pasangan berkahwin.

“Perkahwinan adalah ujian batasan anda. Perkahwinan adalah kehidupan yang kita kongsi bersama. Jadi sudah tentu saya hanya sebut secara umum.

“Saya tidak selesa berkongsi tentang kehidupan peribadi saya. Saya tidak selesa walaupun kami perhatian awam,” katanya.

Farid sebelum ini berkata sebagai selebriti, rumah tangga mereka tidak terlepas daripada menjadi perhatian peminat dan masyarakat.

Katanya, walaupun Diana mengesahkan hadir ke Mahkamah Syariah namun ia harus dilihat dengan konteks yang lebih terbuka.

“Mahkamah bukan tempat untuk putuskan segalanya tetapi mahkamah juga tempat kita mendapatkan maklumat tentang perkahwinan sebab pakar-pakar ada di sana.

Sumber : kuasaviral

“Itu perkara biasa. Apa pun yang terjadi terhadap kami, sudah tentu menjadi perhatian ramai. Jadi itu dapat diterima,” katanya.