Mudah nya diri mu dijemput ilahi anak ku .. Ajal Amira di pasaraya (6Gambar)

Jempol : Tidak disangka kegembiran anak perempuan tunggal dari 3 beradik ini berjalan di pasaraya bersama dengan rakan-rakan nya bertukar sedih apabila dia dijemput ilahi disitu.

Amiratul Hakima Ismail, 18, dilaporkan sesak nafas sebelum dilaporkan jatuh pengsan dan rebah, dia disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan 12.15 tengah hari ketika bersiar-siar bersama beberapa rakannya di sebuah pasar raya di Bahau dekat sini tengah hari tadi.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, sebaik gadis itu rebah dan tidak sedarkan diri, dia segera mengangkat dan meletakkan mangsa di sebuah bangku, Amira sempat diajar mengucap oleh rakan-rakan nya.

“Selepas melihat mangsa tidak sedarkan diri, saya segera menghubungi ambulans yang tiba kira-kira 15 minit selepas itu. Bagaimanapun, pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Ibu remaja itu yang tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian pitam selepas mengetahui anaknya telah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sumber : accidentportal

Maklumat lanjut berhubung kejadian itu belum diterima daripada pihak polis, semoga ibu ini tabah apa yang menimpa arwah anak nya. Al fatihah.